Pemain muda yang berbakat, Azamuddin Hasan yang berusia 24 tahun yang beraksi bersama pasukan KL City pada musim ini menunjukkan prestasi yang semakin meningkat.
Azamuddin Hasan merupakan adik kepada pemain futsal kebangsaan di Sukan Sea lalu iaitu Awaluddin Hasan yang juga pemain LFK bagi pasukan Melaka United musim ini.
Kedudukan semasa LFK 2018 kategori lelaki, menunjukkan KL City berada di tangga ke-3 liga. KL City mencatatkan rekod menang 3, kalah 1 pada keseluruhan liga setakat ini.
Pada minggu kedua menyaksikan perlawanan di antara KL City menentang Perak dan Pahang. Di hari pertama, KL City terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 ke atas Perak yang kini berada di tangga ke-2 liga.
Walaubagaimanapun, KL City kembali ceria setelah menang tipis ke atas Pahang dengan jaringan, 3-2.
Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Azamuddin Hasan dan pasukannya, KL City untuk perlawanan seterusnya pada 31 Mac & 1 April ini.
https://www.instagram.com/p/BgYsJZMFpcC/?taken-by=arenafutsalmalaysia