Ayon Tetap Juara Di Mata Peminat
On May 7, 2018 by WanShaSemalam, berakhirlah perlawanan Pro Futsal League 2018 yang berlangsung di GOR UNY, Yogyakarta. Di perlawanan akhir menyaksikan pasukan yang diwakili Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin atau dikenali sebagai Ayon, SKN Kebumen menentang Vamos Mataram.
Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu di peringkat kumpulan sebanyak 2 kali dimana SKN Kebumen berjaya menewaskan Vamos Mataram dengan jaringan, 4-3 dan Vamos Mataram berjaya menewaskan SKN Kebumen 4-2.
Namun begitu, mereka kembali bertemu apabila kedua-duanya layak ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan pasukan Black Steel Manokwari manakala Vamos Mataram berjaya menewaskan pasukan Permata Indah Manokwari di semi-final.
Ianya merupakan satu pencapaian yang terbaik buat pasukan SKN Kebumen kerana mereka merupakan sebuah pasukan baru yang beraksi di liga professional ini. Berbeza pula dengan pasukan Vamos Mataram. Mereka merupakan juara bertahan bagi PFL musim lepas.
Kedua-dua pasukan ini mampu memberikan saingan yang sengit. Namun, SKN Kebumen terpaksa akur dengan kekalahan dengan jaringan 1-6 sekaligus meletakkan SKN Kebumen sebagai naib juara PFL2018.
Walaupun begitu, SKN Kebumen dikhabarkan akan mewakil Indonesia di AFF Futsal Club Championship 2018 yang akan berlangsung pada 15-21 Julai di Yogyakarta, Indonesia.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.