Asmie Zahari Kembali Demi Negeri Tercinta
On December 6, 2021 by Wak GoleiroDapat buat penampilan semula demi negeri kelahiran menjadi salah satu faktor utama bekas pemain kebangsaan, Asmie Zahari membuat penampilan semula dalam Arena Futsal Kebangsaan.
Asmie bakal membantu pasukan TRW Kelantan Futsal bagi menghadapi Malaysian Premier Futsal League 2022. Sebelum ini Asmie pernah bermain untuk beberapa kelab dan negeri ketika Liga Futsal Kebangsaan sebelum dia berhijrah ke bidang bola sepak.
Bila peluang ini dapat Asmie tidak menunggu lama untuk mencurahkan bakti kepada negeri tercinta.
“Saya ingin berterima kasih kepada coach Qusmaini dan coach Yuz kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berada dalam team ini. Peluang yang saya dapat ini saya ingin memberikan sebaik mungkin dan akan berkongsi pengalaman bersama pasukan serta pemain-pemain lain.”
“Setakat ini persediaan berjalan dengan baik, dari barisan pemain pada pemerhatian saya pemain yang ada sekarang semuanya mempunyai kualiti yang baik. Ada pemain yang sudah ada pengalaman bermain di LFK dan MPFL. Jadi saya rasa dengan persediaan yang berterusan dan rapi, tak ada masalah untuk kami memberikan saingan terbaik nanti.”
Kalau berdasarkan senarai pemain sedia ada pasukan TRW Kelantan Futsal, Asmie merupakan pemain yang paling senior. Dengan adanya Asmie kita mahu melihat dia dapat membantu pemain-pemain lain bagi pembangunan pasukan untuk menjadi pesaing utama.
Dalam masa sama Asmie juga berharap untuk meraih sasaran dia untuk melihat pasukan berada di dalam kelompok pasukan teratas liga sekaligus dapat bermain di pusingan Piala Futsal Malaysia nanti.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.