Armada UTHM Berada Di Landasan Terbaik
On May 2, 2017 by FixoPengurus pasukan futsal UTHM, Khairul Amir Hamzah optimis Armada UTHM mampu untuk meneruskan rentak kecemerlangan menjelang fasa 3 dan yang terakhir pada September depan dan berjaya melayakkan pasukan ke Liga Super musim hadapan.
“Alhamdulillah berkat usaha semua pihak kini kami berada di persada liga dan saya yakin kami akan buat yang terbaik bagi 3 baki perlawanan terakhir di fasa 3 nanti” kata Khairul Amir Hamzah.
Armada UTHM kini menduduki tangga pertama Liga Premier dengan mengumpul 17 mata secara keseluruhan sehingga fasa 2 ini diikuti pendatang baru Politeknik Pahang yang berada di tangga kedua dengan mengumpul 15 mata.
Walaupun berada di tangga pertama liga beliau tidak mahu barisan pemainnya terlalu selesa kerana saingan pada kali ini berbeza dengan penambahan pasukan dan kehadiran pasukan baru.
“Selepas ini fasa 3 akan berlangsung pada bulan September dan tempoh yang panjang ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki dan menambahbaik pasukan ini agar misi 9 mata di fasa 3 nanti berjaya dikecapi” ujar pengurus Armada UTHM.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.