Aizad Mahu Bawa Selangor United MPSJ Juara LFK 2018
On February 26, 2018 by WanShaSetiap pemain pasti akan ada impiannya yang tersendiri. Syed Aizad Daniel Syed Nasir, atau dikenali sebagai Aizad menanam impian untuk membawa pasukannya ke peringkat yang lebih jauh.
Bertanyakan tentang persediaan yang dibuat MPSJ, menurut Aizad pasukannya membuat persediaan yang lebih rapi berbanding tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, pengurusan MPSJ tahun ini memberikan impak yang besar dalam pasukan dimana kelengkapan pasukan disediakan lebih sempurna dan ianya mampu memperbaiki kesilapan di LFK yang lalu.
“Selepas perlawanan kelayakan tempoh hari, semua pemain memberikan komitmen yang padu. Kesemuanya sudah mula fokus dengan perlawanan di LFK nanti”, kata Aizad.
Bertanyakan tentang impian sebenar beliau sebagai pemain MPSJ, kata beliau, “impian saya untuk LFK tahun ini ingin menjadi juara LFK dan layak ke AFF Club 2019 bersama MPSJ”.
“Itulah impian saya semenjak saya bermain LFK untuk membawa MPSJ menjadi pasukan kelompok atas dan memberikan saingan yang kuat dalam liga”, tambah beliau lagi.
Beliau turut berkata, pasukan yang menyertai LFK tahun ini adalah pasukan yang hebat-hebat. Oleh itu, mereka terus fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapi.
Pada aksi minggu pertama LFK 2018, MPSJ berjaya meraih 1 mata apabila seri dengan Pahang 2-2 dan tewas kepada juara bertahan Melaka United, 5-2.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.