Adakah Ini Ala Terbaru Selangor?
On June 26, 2024 by Al-Zaim ArzamanBelum diumumkan secara rasmi, namun maklumat biodata di laman Instagramnya sudah diletakkan sebagai pemain skuad futsal Selangor.
Itulah yang dapat dilihat di Instagram Gabriel Rosa, Ala kelahiran Brazil yang kali terakhir tampil beraksi bersama Lagoa Futsal di Brazil. Mengikut rekod, beliau mula menyarung jersi Lagoa sejak 2023 selepas meninggalkan sebuah lagi kelab di sana iaitu Pato Futsal.
Mengikut rekod, Rosa pernah berkelana ke Portugal untuk bersama dua buah kelab di sana iaitu SC Braga dan Unidos Pinheirense.
Malah, pemain berusia 27 tahun itu juga pernah diundi sebagai Ala terbaik di Liga 2 Brazil ketika bersama Lagoa pada musim 2019.
Jadi, adakah ini pemain baru yang bakal mewarnai skuad futsal Selangor di pusingan kedua nanti? Seperti yang semua sedia maklum, Selangor saat ini hanya memiliki seorang pemain import iaitu Well Pereira selepas Ceara diumumkan meninggalkan pasukan tempohari.
Ceara dikhabarkan dirundung masalah kecederaan berulang dan memilih untuk meninggalkan pasukan kira-kira sebulan yang lalu.
Sebelum ini, dalam satu perkongsian oleh portal futsal Itali, Selangor bakal membawa masuk pemain kebangsaan Georgia, Bruno Petry.
Malah, pemain itu juga sempat berkongsi gambar di hadapan KLCC, seolah-olah memberi petanda realiti perpindahannya ke Selangor.
Jadi, adakah Rosa atau Petry yang bakal menyarung jersi merah kuning? Dengan hanya satu tempat yang ada, siapa yang bakal terpilih?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.