
5 Pemain Muda Ini Menjadi Harapan Skuad Harimau Malaysia
On January 22, 2017 by Fixo5 pemain muda yang tersenarai dalam skuad futsal Harimau Malaysia untuk kejohanan futsal AFF 2016 bermula 23 Januari ini menjadi sandaran baru buat pasukan ini.
Pemain tersebut adalah Muhammad Azri Rahman (23), Mohd Ridzwan Bakri (23), Syed Aizad Daniel Syed Nasir (21) Muhammad Aidil Shahril Rosli (20) dan Mohd Awalludin Mat Nawi (19).
Bagi Azri , Ridzwan dan juga Aizad mereka bukan pertama kali beraksi bersama pasukan Harimau Malaysia manakala dua pemain lagi iaitu Aidil dan juga Awal ini merupakan pertama kali akan beraksi bersama pasukan Harimau Malaysia di kejohanan antarabangsa.
Keputusan jurulatih Chiew Chun Yong untuk memberi peluang kepada pemain muda ini tampak memberikan kesan positif dan jika dilihat daripada keputusan 3 perlawanan persahabatan di Thailand sebelum ini pemain-pemain muda ini dapat memberikan aksi yang terbaik.
Pada perlawanan pertama ketika menewaskan Royal Thai Navy 5-3, gol-gol skuad Harimau Malaysia berjaya dijaringkan oleh Aizad (2), Azri (2) dan Ridzwan Bakri.
Pada aksi kedua bertemu Bangkok BTS FC yang berkesudahan seri 5-5 pula. Sekali lagi Azri berjaya menjaringkan 2 gol manakal gol lain dijaringkan oleh Khairul Effendy Bahrin, Akmarulnizam Idris dan Saiful Nizam Ali.
Sementara pada aksi ketiga ketika tewas 3-1 kepada Thai Port FC, gol tunggal skuad Harimau Malaysia dijaringkan oleh Akmarulnizam.
Semoga pemain-pemain muda ini serta gabungan pemain senior dapat memberikan saingan terbaik di kejohanan ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.