5 Pemain Indonesia Ini Perlu Diberi Perhatian Pasukan Futsal Harimau Malaysia

Skuad Harimau Malaysia bakal membuka kempen Kejuaraan Futsal AFF 2016 bagi saingan Kumpulan B dengan bertemu pasukan Indonesia pada Isnin ini (23 Januari).

Jika mengikut rekod pertemuan kemenangan lebih berpihak kepada kepada pasukan Indonesia. Namun pada kali ini skuad Harimau Malaysia membawa cabaran baru apabila mereka telah dibimbing oleh jurulatih baru Chiew Chun Yong. Pasti beliau mempunyai perancangan tersendiri untuk bertemu pasukan Indonesia ini.

Atas pemerhatian Arena Futsal Malaysia sendiri, kelebihan yang ada pada pasukan Indonesia adalah mereka mempunyai barisan pemain yang saling melengkapi dan muda.

Berikut 5 pemain utama yang perlu diberi perhatian oleh para pemain futsal Harimau Malaysia.

Syahidansyah Lubis

Pivot / 25 Tahun / Vamos Mataram

Syahidan bermain di posisi pivot. Beliau mempunyai ball control yang baik serta tendangan kaki kiri yang padu. Beliau sering menjadi target man yang bahaya buat pihak lawan.

Ardiansyah Runtuboy

Ala / 19 tahun / Black Steel Manokwari

Wonderkid Indonesia. Pemain muda ini mula menjadi perhatian apabila beliau berjaya membantu pasukannya Black Steel Manokwari menjuarai Liga Pro Indonesia pada musim lepas. Kehadirannya dalam pasukan ini tampak memberikan satu kesan yang positif. Mempunyai kelajuan dan skill yang sering memberi kesusahan pihak lawan.

Bambang Bayu Saptaji

Ala / 25 tahun / Vamos Mataram

Bermain di posisi Ala pemain muda ini mula mewakili pasukan Indonesia pada tahun 2012. Sehingga kini beliau merupakan pemain utama buat pasukan Indonesia. Bayu yang pernah bermain di kelab china iaitu pasukan Dalian Yuan Dinasty merupakan pemain termahal di Indonesia sehingga kini. 

Reza Yamani

Ala / 24 Tahun / Vamos Mataram

Pemain tinggi lampai ini antara penjaring utama buat pasukan Indonesia. Beliau dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan sejak tahun lalu apabila aksinya di Liga Pro Indonesia sangat baik sekali. Beliau juga terkenal dengan tarian “goyang bang jali” yang pasti akan dilakukannya apabila berjaya menjaringkan gol.

Sunny Rizky

Fixo / 24 Tahun / Vamos Mataram

Sunny antara pemain posisi fix yang baik di Indonesia. Pemain tinggi lampai ini seorang pemain yang agresif dan sering menjadi penghalang buat pasukan lawan untuk melepasinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top