5 November Tarikh Tutup MPFL 2022? Musim Kedua MPFL Awal Tahun Depan, Format Seperti Berikut
On October 25, 2021 by Wak PivotKhabar baik buat semua pasukan, pemain dan peminat futsal Malaysia selepas Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM telah memutuskan Malaysia Premier Futsal League 2020 (MPFL) akan bermula awal tahun depan.
Format pertandingan untuk musim kedua ini nanti bakal berlangsung liga dua pusingan dijalankan secara berpusat mengikut sirkit dan venue yang ditetapkan untuk peringkat kumpulan.
9 sirkit untuk lelaki bermula 8 Januari sehingga 13 Mac manakala bagi kategori wanita bermula 5 Februari sehingga 20 Mac. Habis pusingan liga, 4 pasukan terbaik daripada 2 kumpulan yang dibahagikan nanti akan mara ke pusingan kalah mati. Mereka akan beraksi secara timbal balik daripada suku akhir sehingga perlawanan akhir di venue pilihan pasukan.
Jumlah pasukan yang akan bertanding nanti dikekalkan sebanyak 20 pasukan untuk kategori lelaki dan 12 pasukan untuk kategori wanita. Tiada pasukan baru yang boleh sertai dan surat telah dihantar kepada pasukan-pasukan ini yang sepatutnya beraksi di edisi tahun ini tapi telah dibatalkan berikutan COVID-19.
Pasukan-pasukan ini perlu menghantar borang minat untuk bertanding di MPFL 2022 sebelum atau pada 5 November 2021. Jika ada pasukan yang tidak membalas difahamkan penganjur akan terus menjalankan liga dengan baki pasukan yang ada.
Berikut merupakan senarai pasukan yang bakal bertanding di MPFL 2022:
Pasukan Lelaki
- ATM
- Kedah
- Kelantan FC
- Kelantan United
- KL City FC
- KPT-PST Mustangs
- Kuala Lumpur
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang Rangers
- PDRM FC
- Perak
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Sarawak United
- Selangor MAC
- Selangor TOT United
- Shah Alam City
- Terengganu
Pasukan Wanita
- FC Langkawi
- KPTM Bangi
- Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur Prefer FC
- Melaka
- Pahang Rangers
- PDRM
- Perak SSCJ
- Sabah
- Sarawak
- Selangor MBPJ FC
- Selangor MBSJ FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.