
4 Faktor Kebangkitan Skuad Futsal Kebangsaan Sepanjang 2017
On November 8, 2017 by Wak PivotUmumnya ramai peminat futsal tanah air menyedari sesuatu yang boleh dibanggakan dengan pencapaian pasukan kebangsaan. Jadi jom kita lihat 4 faktor utama pemangkin kepada kebangkitan yang cukup ketara pasukan futsal tanah air. Disebalik kejayaan pemain yang menunjukkan persembahan yang memberangsangkan jom kita baca apa sebenarnya yang terjadi?
1.Latihan yang lebih sistematik diterapkan oleh unit kejurulatihan futsal negara.
** Bermula dari Januari 2017 pelbagai rangka dan bentuk latihan yang lebih bersistematik diterapakan oleh Ketua Jurulatih iaitu Chiew Chun Yong. Tidak ramai yang tahu bahawasanya pasukan kebangsaan menjalani rutin harian 5 hari seminggu dengan latihan dengan kekerapan 4 sesi latihan sehari. Mereka menjalani latihan dengan penuh dedikasi dan tidak ramai yang mampu menampung beban corak latihan yang cukup gerila seperti ini. Setiap sesi melibatkan jangka masa 2 jam. Jadi pemain futsal negara menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam diatas gelanggang dan 2 jam sesi taktikal.
- Menerapkan atau mengubah pelbagai elemen penting dalam skuad kebangsaan.
** Elemen pertama yang di titik beratkan oleh unit kejurulatihan futsal negara adalah seperti Sistem Pertahanan atau ‘deffending method’ yang baru yang diyakini sesuai dengan kemampuan pemain kebangsaan yang ada. Walaupun ‘deffending method’ ini masih baru bagi semua pemain dengan adanya latihan yang lebih kerap ianya banyak membantu pasukan untuk semakin baik dari masa ke semasa. Walaupun bentuk formasi pertahanan yang lebih berisiko besar ketua jurulatih Chiew Chun Yong berpendapat ini adalah corak yang paling sesuai untuk pasukan kebangsaan sekarang. Lihat saja sewaktu kejohanan AFF 2017 skuad kebangsaan melakukkan tekanan tinggi atau high pressing with with wide space man to man marking.
** Elemen ke-2 adalah penekanan disiplin yang tinggi menjadi aspek asas yang diberi tumpuan oleh Chiew Chun Yong. Beliau juga tidak menafikan corak latihan dan rutin yang ‘keras’ hanya mampu diatasi oleh pemain-pemain yang berdisiplin tinggi dari segi pengurusan masa dan juga disiplin dalam setiap komitmen yang diperlukan. Coach Yong juga mengakui beliau cukup berbangga dengan tahap disiplin skuad kebangsaan sekarang tetapi beliau tidak mahu semua pemain dibuai mimpi indah kerana lebih banyak perlu ditempuhi masa yang mendatang.
** Elemen ke-3 ketahanan mental, pemain futsal kebangsaan dilatih untuk mempunyai ketahanan mental yang tinggi selain dari ketahanan fizikal. Mereka diasuh di terapkan nilai ketahanan mental dari segala keadaan yang mungkin terjadi. Ketahanan ini cukup penting apabila kita mungkin ketinggalan dalam sesuatu perlawanan. Bagaimana untuk menyerap tekanan seterusnya mencari kemenangan. Contoh yang boleh kita lihat bagaimana Thailand mendahului 3 0 pada pertemuan Sukan Sea yang lepas mampu ditangani dan berjaya di ikat pasukan negara suatu ketika sebelum tewas 3 – 4. Tetapi aspek ketahanan mental ini bukan elemen yang boleh diasuh dalam waktu yang singkat. Kita masih perlukan masa untuk mrnghasilkan pemain yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Perlawanan akhir AFF 2017 jelas menunjukkan bukan sahaja sewaktu ketinggalan akan tetapi waktu kita mendahului lawan juga perlu ditambah baik elemen ini
- Barisan kejurulatihan yang penuh komited. Seperti yang dinyatakan di atas dengan 4 sesi latihan tanpa henti Coach Yong begitu bertuah dibantu oleh 2 pembantu jurulatih yang cukup berdedikasi dan memantau semua pemain. Semua jurulatih dan pegawai pasukan mereka bersama pemain 12 jam sehari bagi memastikan kondisi semua pemain dijaga rapi. Pemakanan pemain juga dijaga rapi, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya makan apa sahaja. Semuanya diatur khas oleh unit kejurulatihan futsal negara. Waktu tidur dan jangka masa tidur pemain juga dijaga bagi memastikan mereka dalam keadaan yang cukup baik.
- Sokongan dari pihak tertinggi FAM juga tidak dinafikan menjadi elemen penting dalam persediaan pasukan kebangsaan. Mereka telah menjalani latihan didalam negara dan sempat terbang untuk menyertai satu kejohanan antarabangsa di China disamping perlawanan persahabatan di Doha, Qatar. Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi berbaloi kerana mereka menggunakan kesempatan ini dengan cukup baik persiapan pasukan.
Didalam keadaan pasukan negara yang semakin meningkat kita harus memikirkan cara untuk memastikan skuad kebangsaan kekal sebegini bagi saingan AFF 2019/AFC 2020 yang juga penting sekiranya ingin layak ke Piala Dunia 2020. Walaupun sukar tetapi kita harus memasang impian lebih awal. AFC 2018 hanya 3 bulan dari sekarang. Skuad ini harus memulakan persiapan lebih awal dan Coach Yong juga mengambarkan akan ada beberapa pemain baru bakal dipanggil dan bakal ada pemain sedia ada direhatkan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.