3 Sebab Pasukan Anda Perlu Sertai Kejohanan Futsal MAM 2018
On June 8, 2018 by WanShaKurang sebulan lagi akan berlangsungnya Kejohanan Futsal MAM 2018. Merujuk kepada poster kejohanan, perlawanan ini akan diadakan pada 1 Julai ini pada jam 8 pagi hingga 5 petang di Sports Planet, Subang.
Di sini kami nyatakan 3 sebab mengapa pasukan anda perlu sertai kejohanan ini. Sebab-sebab tersebut adalah:
- Hadiah yang lumayan
Hampir kesemua pemain dan pasukan yang sertai kejohanan akan membuat pilihan berdasarkan hadiah-hadiah yang telah ditetapkan. Jadi, berdasarkan poster kejohanan hadiah yang lumayan turut disediakan kepada pasukan yang menang.
Senarai-senarai hadiah perlawanan:
Johan : RM4000, Trofi, Medal & Sijil Penyertaan
Naib Johan : RM3000, Medal & Sijil Penyertaan
Ketiga : RM2000, Medal & Sijil Penyertaan
Keempat : RM1000, Medal & Sijil Penyertaan
- Lokasi yang menarik
Lokasi yang strategik turut menjadi satu daripada sebabnya. Lokasi yang telah ditetapkan bagi kejohanan ini adalah Sports Planet, Subang. Bagi pemain yang sering kali bermain di situ pasti akan tahu akan kemudahan-kemudahan faisiliti yang tersedia di situ. Antaranya adalah struktur gelanggang yang baik dan selesa, kemudahan parking kepada semua pemain yang hadir serta terdapat kemudahan-kemudahan lain.
- Tarikh yang tepat
Merujuk kepada tarikh tersebut, pasukan yang bertanding mempunyai masa untuk membuat persediaan kepada pasukan kerana kejohanan ini bakal berlangsung selepas 2 minggu menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Makluman semua pemain futsal tanah air, kejohanan ini masih dibuka bagi menempah tempat pasukan anda dalam perlawanan ini. Jadi, anda dikehendaki menghubungi Naresh dan Geetha selaku individu yang bertanggungjawab berurusan tentang perlawanan ini bagi menempah slot untuk pasukan anda.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.