Adakah 3 Pemain Berpengalaman Ini Akan Terus Tersisih Di Bawah Kendalian Kim Pan-gon?
On April 25, 2022 by Nabil FahmyDalam siri perlawanan persahabatan di Singapura bulan lepas, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan skuad yang dianggap terbaik untuk membawa cabaran negara.
Namun begitu, semasa senarai nama pemain diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ketiadaan tiga pemain berpengalaman yang sinonim dengan skuad kebangsaan menjadi persoalan. Adakah kudrat tiga pemain ini tidak lagi diperlukan dalam taktikal Pan-gon?
- Baddrol Bakhtiar
Seperti yang diketahui, Baddrol merupakan tunjang utama pasukan Kedah musim lalu dan merupakan penjaring terbanyak tempatan dalam saingan Liga Super 2021.
Prestasi beliau yang memukau musim lalu membawa kepada panggilan ke skuad kebangsaan ketika di bawah kendalian bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.
Namun begitu, Pan-gon membuat keputusan untuk tidak memanggil Baddrol dan membuat kejutan memanggil semula bekas kapten pasukan negara, Safiq Rahim.
2. Khairul Fahmi Che Mat
Bekas penjaga gol Melaka United ini sangat sinonim dengan panggilan ke skuad kebangsaan. Khairul Fahmi mempamerkan aksi terbaik pada musim lepas terutamanya apabila berjaya membantu pasukan Melaka United untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia.
Namun begitu, kecemerlangan musim lepas tidak membantu beliau untuk terpilih ke kem Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Pan-gon telah membuat keputusan untuk membawa Farizal Marlias dan juga penjaga gol Selangor Khairulazhan ke Singapura bulan lepas. Selain itu, penjaga gol muda Terengganu FC, Rahadiazli dan juga penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz juga sentiasa berada dalam radar Pan-gon.
3. Guilherme de Paula
Penyerang naturalisasi negara ini kerap kali menjadi mangsa kritikan peminat bola sepak negara dan secara hakikatnya beliau masih belum berjaya menunjukkan aksi terbaik ketika menyarung jersi kebangsaan.
Walaupun musim lepas beliau berjaya mencetak 4 gol, namun musim ini beliau masih belum lagi diturunkan dan nama beliau dijangka akan terus disishkan oleh Pan-gon.
Dengan taktikal menyerang pantas yang digunakan Pan-gon, peratusan untuk Guilherme terpilih sangat tipis memandangkan kelajuan beliau tidak lagi seperti zaman kemuncak beliau.
Jadi, tiga nama ini berkemungkinan sedang dipantau oleh Pan-gon untuk menyarung jersi negara pada masa akan datang. Namun beberapa aspek terutamanya dari segi taktikal yang digunakan Pan-gon memungkinkan pemain-pemain ini akan terus disisihkan.
Masih relevan ataupun tidak buat skuad negara, segalanya terpulang kepada Pan-gon untuk memilih pemain terbaik supaya dapat membentuk skuad yang mantap. Misi ke Piala Asia 2023 akan menjadi medan terbaik buat Pan-gon membuktikan sesuatu kepada peminat bola sepak tanah air.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.