3 Minggu Terakhir Liga Futsal Kebangsaan 2017
On April 14, 2017 by FixoPejam celik tinggal 3 minggu lagi sebelum berakhirnya LFK 2017 bagi musim ini. Masih terlalu awal untuk kita mengetahui siapa bakal menjuarai liga bagi musim ini berikutan peluang untuk menjulang piala masih terbuka.
Bagi aksi kategori lelaki pasukan Melaka United masih mendahului liga dengan mengumpul 28 mata namun dua lagi pasukan pilihan Felda United dan Pahang mengekori rapat apabila masing-masing mengumpul 27 dan 25 mata.
Bagi pasukan Pulau Pinang MBPP dan KL Petaling Putra FC berada di zon bahaya berikutan pasukan terakhir akan tersingkir daripada liga musim ini.
Kategori wanita pula menyaksikan pasukan Felda United yang menjadi pilihan juara bagi edisi kali ini mendapat tentangan sengit pasukan KL Ally Group dan Perak yang mengekori rapat di belakang.
Esok sirkit ke-7 akan kembali berlangsung dan akan berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim buat kali terakhir di sana sebelum kembali sambung di SUKPA, Kuantan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.