
22 pemain IPT yang harus diintai pasukan LFK
On October 10, 2016 by FixoBaru baru ini pihak FAM telah mengeluarkan surat jemputan menyertai Liga Futsal Kebangsaan kepada 10 pasukan terbaik musim lepas bagi kategori lelaki dan wanita. Jika mengikut perancangan pertandingan Liga Futsal Kebangsaan 2017 akan bermula pada bulan Januari 2017.
Seperti musim yang lepas pihak penganjur akan menjalankan pusingan kelayakan bagi mencari dua pasukan terbaik untuk memberi saingan kepada pasukan sedia ada. Namun untuk musim akan datang perkara itu masih belum diputuskan lagi. Jika dilihat lebih 8 pasukan sebenarnya sudah bersedia untuk bermain di pusingan kelayakan antaranya pasukan Perlis, Kelantan, PB Melayu Malaysia, Sarawak dan KPT-IIUM Mustang.
Jika pusingan kelayakan akan diadakan dan LFK 2017 akan bermula pada bulan Januari yang akan datang ini sudah pasti setiap pasukan akan melakukan persediaan dan proses mencari pemain akan berlaku.
Kita tahu bahawa “pool player” di Malaysia ini sebenarnya ramai, namun atas pemerhatian Wak bakat-bakat muda yang bermain di Liga Futsal IPT tahun ini harus diberi peluang untuk bermain di level yang seterusnya.
Untuk makluman kita tahu Liga Futsal IPT banyak melahirkan pemain yang berkaliber dan menyumbang ke arah pembangunan futsal Malaysia. Jadi tidak mustahil bakat-bakat muda ini mampu memberikan saingan kepada pemain sedia ada pada musim akan datang.
Mengikut pemerhatian Wak, di sini wak listkan 22 pemain dari Liga Futsal IPT yang boleh memberi satu nafas baru buat futsal negara kita dan harus diintai oleh pasukan pasukan LFK.
Senarai Pemain
1. Mohd Effendy Bin Mohd Ali (GK)
24 Tahun
UniKL BMI
2. Abdul Hakim Bin Siswazair
24 Tahun
UNITEN Putrajaya
3. Wan Mohd Shahmi Farhan Bin Wan Mahmud
24 Tahun
UIA
4. Muhammad Asadullah Mohd Nadzri
24 Tahun
UiTM
5. Dhiyaul Mohamad Ezdiaq Bin Dawari Dhiyaul
24 Tahun
UniKL BMI
6. Muhamad Hisham Bin Haliludin
24 Tahun
UIA
7. Muhamad Arif Johan Bin Johari
23 Tahun
UniKL BMI
8. Muhammad Syazwie Mohd Shafee
23 Tahun
UiTM
9. Muhammad Zamiruddin BinJalaludin
23 Tahun
KK Selangor
10. Iza Muhammad Hassan Bin Bostamam
23 Tahun
KPTM Bangi
11. Muhammad Umar Shafiz Bin Samsuri (GK)
23 Tahun
UiTM
12. Muhammad Nazrin Bin Mazlan
23 Tahun
UniKL BMI
13. Mohammad Hafiz Bin Ramli
22 Tahun
UiTM
14. Mohamad Harris Fikri Bin Redzuan
22 Tahun
UiTM Pahang
15. Zharil Izad Ruslan
22 Tahun
UiTM
16. Muhammad Fauzi Bin Ahmad (GK)
21 Tahun
KPTM Bangi
17. Muhammad Hanis Izzuddin Bin Abdul Latif
21 Tahun
UniKL BMI
18. Khairul Rozikin Bin Abu Kasim
21 Tahun
KPTM Bangi
19. Muhammad Iskandar Bin Ismail
21 Tahun
KK Selangor
20. Ahmad Azim Bin Mohammad
21 Tahun
UNITEN Muadzam Shah
21. Muhammad Fadhli Bin Jafri
21 Tahun
KPTM Bangi
22. Muhammad Uzair Bin Abd Rahim
20 Tahun
UNITEN Putrajaya
Foto Kredit : Arena IPT, Kejohanan Futsal Liga IPT, Pusat Sukan USIM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.