Futsal
20 Pemain Dipanggil Bagi Persediaan AFC Futsal U-20
On February 16, 2017 by FixoSeramai 20 pemain tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 skuad futsal bawah 20 tahun kebangsaan bermula 20 Februari hingga 25 Februari 2017.
Buat julung kalinya pasukan futsal bawah 20 tahun akan ditubuhkan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal bawah 20 tahun AFC yang akan berlangsung pada 9 hingga 21 Mei 2017 ini di Bangkok, Thailand.
Difahamkan sebanyak 22 pasukan dari seluruh Asia akan terlibat di kejohanan yang pertama ini dan 2 finalis kejohanan ini akan membawa cabaran Asia di Olympic Youth Games 2018, di Argentina.
Berikut merupakan senarai 20 pemain yang dipanggil :
- Muhd Amirul Sugito (20) – Kuala Lumpur
- Aiman Fikri Ramli (18) – Kuala Lumpur
- Shah Azman Ekmal Saleh (19) – Kuala Lumpur
- Muhammad Nurasyraf Mohd Azle (19) – Kuala Lumpur
- Muhammad Farhan Khairul Anwar (20) – Kuala Lumpur
- Muhammad Affiq Miswan (16) – Kuala Lumpur
- Mohd Awalludin Mat Nawi (19) – Perak
- Muhammad Farikh Khabibor Rahman (20) – Perak
- Muhammad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin (20) – Perak
- Nur Hazim Suleiman (19) – Perak
- Mohd Aidil Shahril Rosli (20) – Felda United
- Mohd Hafizi Ismail (20) – T-Team
- Mohd Hafiz Ismail (20) – T-Team
- Amirrul Izzat Adang (20) – T-Team
- Muhammad Syatir Ikram Abdul Aziz (20) – T-Team
- Ahmad Aqil Khalis Adli Khairul (20) – Kelantan
- Muhammad Asfa Mohd Abiddin (18) – Kelantan
- Muhammad Saad Sani (19) – Melaka
- Mulhim Muqri Faisal (19) – PBSMM
- Iskandar Harun (17) – Sarawak
Kredit foto – Perak TBG
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.