2 Pasukan Tarik Diri Daripada MPFL 2022
On December 31, 2021 by Wak GoleiroPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM mengesahkan hanya 15 pasukan akan mengambil bahagian untuk Malaysia Premier Futsal League 2022 selepas 2 pasukan menarik diri.
2 pasukan tersebut adalah pasukan Sabah dan Melaka yang menarik diri dan difahamkan berikutan ketiadaan dana pada saat-saat akhir.
Kalau ikutkan dua pasukan ini sudah melakukan persediaan untuk menghadapi saingan MPFL dan sudah melengkapkan barisan pemain tapi terpaksa dibubarkan.
Satu kerugian buat arena futsal kita atas penarikan 2 pasukan ini kerana kehilangan platform buat para pemain untuk beraksi dan mempamerkan bakat-bakat mereka kerana difahamkan kedua-dua pasukan banyak membariskan pemain muda.
Walaubagaimanapun beberapa bekas pemain Sabah dan Melaka berjaya mendapatkan tempat dengan pasukan baru di saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain, antaranya ada yang ke Selangor MAC, Penang dan Negeri Sembilan.
Berikut merupakan senarai akhir pasukan yang bertanding di MPFL 2022:
- Selangor MAC
- Pahang Rangers
- Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur City
- Perak
- Pulau Pinang
- Negeri Sembilan
- Kedah
- Terengganu
- ATM
- KPM-PST Mustangs
- PDRM
- Shah Alam City
- TRW Kelantan
- Selangor TOT United
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.