
Ranking Skuad Negara Melonjak
On October 20, 2015 by Wak GoleiroKejayaan menduduki tempat ke-3 pada Kejuaraan Futsal AFF di Bangkok tempohari memberikan perkembangan positif dalam kedudukan skuad negara di ranking dunia apabila melonjak dari tangga ke-64 ke tangga 58 dunia.
Keadaan ini memperlihatkan peningkatan buat skuad negara seiring dengan peningkatan prestasi yang ditampilkan oleh anak buah Marcelo Serpa. Semoga kedudukan ini akan bertambah baik bagi meningkatkan lagi mutu futsal di negara kita.
Meskipun begitu skuad negara perlu terus memperbaiki serta meningkatkan aksi mereka kerana saingan di Kejuaraan Futsal AFC 2016 nanti pasti menyaksikan saingan serta cabaran yang lebih berat buat skuad negara kerana Jepun,Uzbekistan dan Kuwait menanti disamping Thailand, Australia dan Vietnam turut melayakkan diri ke kejohanan tersebut.
Dengan masa yang kurang 5 bulan sebelum kejohanan tersebut sudah pastinya Marcelo Serpa mempunyai pelan terbaik bagi menghadapi saingan tersebut dengan lebih serius dan sistematik bagi menghasilkan keputusan yang baik pada kejohanan itu nanti.
Berikut adalah keputusan bagi 12 perlawanan terakhir dalam aksi antarabangsa buat skuad negara :
1) Malaysia (5) Jepun (6)
2) Malaysia (1) Jepun (7)
3) Malaysia (8) Arab Saudi (4)
4) Malaysia (3) Arab Saudi (5)
5) Malaysia (6) UAE (0)
6) Malaysia (5) Lebanon (0)
7) Malaysia (9) Brunei (1)
8) Malaysia (1) Thailand (6)
9) Malaysia (7) Timor Leste (2)
10) Malaysia (5) Singapura (0)
11) Malaysia (2) Australia (6)
12) Malaysia (6) Vietnam (5)
Kredit foto – www.futsalworldranking.be & aseanfootball.org
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.