Yusma: Pengalaman Penting Dalam Setiap Perlawanan

Gadis kelahiran Selangor yang beraksi untuk pasukan Perak FA di LFK 2018, Nurul Hamira Yusma Binti Mohd Yusri mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding pemain-pemain lain.

Dia yang selesa dipanggil Yusma turut beraksi di Sea Games 2017 lalu. Selain itu, dia juga pernah menyertai skuad bola sepak wanita kebangsaan di Kejuaraan AFF 2016 di Myanmar.

Menurut Yusma, pengalaman yang diperolehi sebelum ini adalah sangat penting dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.

“Setiap perlawanan ada jatuh dan bangun. Kalah dan menang merupakan proses peningkatan untuk diri sendiri dan pasukan”, katanya.

Kami di Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan semoga berjaya kepada Yusma dan skuad futsal wanita kebangsaan tahun ini.

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie