Tips kasut

Ada sesentengah orang akan mengatakan kasut futsal itu tidak penting, seorang pemain itu yang penting. Kerana ia tidak membuatkan seorang pemain itu menjadi seorang pemain yang bagus.

Ada juga orang yang menjadikan kasut futsal itu sebagai satu aset yang penting buat seorang pemain dan mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli kasut futsal yang berjenama dan berkualiti tinggi.

Jika melihat arena futsal di Malaysia yang semakin meningkat ini kasut futsal sebenarnya sudah menjadi sesuatu yang penting buat kesemua pemain tidak kita pemain amatur mahupun professional. Kasut futsal adalah satu perkara yang menarik untuk kita perkatakan. Pelbagai jenama pelbagai warna dan corak yang menarik mewarnai arena futsal di Malaysia kini.

Arena futsal Malaysia berjaya untuk mendapatkan info tips-tips mengenai kasut futsal untuk dikongsi bersama anda semua daripada saudara Muhammad Hazriq dan Saiful Hafeez. Saudara Hazriq adalah pemilik kedai kasut dan barangan futsal Play Gear Futsal Shop yang dijual secara online.

1653863_800987383263435_17233327_n

TIPS PENJAGAAN KASUT

• Terdapat beberapa jenis material yang digunakan dalam penghasilan kasut futsal
1 Kangaroo leather
2 Rhyno skin
3 Synthetic leather
4 Cow leather
5 Mixed Leather
6 synthetic
• Terdapat dua jenis kasut : INDOOR & OUTDOOR
• Kasut yang diperbuat daripada leather biasanya dipanggil sebagai “ TOP END / HIGH END” model. Harga pasaran kasut yang diperbuat daripada leather agak mahal dari biasa
• Untuk MATERIAL LEATHER
1 Jangan dijemur di tempat yang panas dengan kerap
2 Elakkan daripada bermain di kawasan yang basah / bertakung air dengan kerap
3 Sentiasa menggunakan spring kasut untuk mengekalkan bentuk asal kasut
4 Elakkan bermain di hardcourt contoh material simen / court tennis material bagi mengelakkan kerosakan UPPER MATERIAL kasut
5 Penjagaan material leather untuk keringkan dengan mudah dan cepat boleh letakkan surat khabar di dalam kasut.

• MATERIAL SYNTHETIC
1 Material syntetic biasanya bagi kasut kasut LOW / MIDDLE end model atau dikenali sebagai kasut mampu milik
2 Harga di pasaran biasanya mampu milik untuk semua lapisan umur
3 Untuk kekal tahan lama atau tidak mudah tercabut tapak dan sebagainya, boleh hantar ke kedai kasut untuk jahit keliling kasut
4 Sesuai digunakan di outdoor court

CARA PEMILIHAN KASUT
• Terdapat 2 jenis kaki mengikut individu
TYPE A – Narrow feet ( Kaki jenis tirus )
TYPE B – Wide Feed ( Kaki jenis mengembang / lebar )
• Pemilihan kasut haruslah secara tepat kerana jika anda tersalah membuat pilihan, kaki anda akan “ merana “ ketika beraksi terutama ketika pertama kali memakai
• Terdapat beberapa brand yang boleh saya suggest untuk anda yang berkaki lebar untuk cuba
1 X munich gresca
2 Joma topflex leather
3 Asics destaque wide version
4 Desporte Campinas JP3
5 Nike Lunargato 2
6 Pan Vigor 6
• Setiap kasut mempunyai perbezaan material digunakan terutama di bahagian heels dan insole kasut.
• Heel kasut memainkan peranan sangat penting untuk pergerakan dan memberikan keselesaan tanpa sebarang masalah terutama masalah melecet
• Untuk kaki yang mudah melecet di tumit, pilih kasut yang mempunyai “sponge” yang tebal untuk keselesaan anda.
• Elakkan memakai stoking di paras bawah buku lali. Sentiasa memakai stoking panjang atau atas dari buku lali

JENIS JENIS KASUT
• Pemilihan jenis kasut juga penting mengikut gaya permainan anda. Ada yang kaki dribble, ada yang kaki tonjol dan sebagainya
• Jenis dan ketinggian tapak kasut futsal memberikan peranan yang penting. Saya sendiri telah mencuba beberapa jenis kasut yang mempunyai tapak tinggi dan rendah
o TAPAK NIPIS – Sesuai untuk anda yg suka dribble dan suka berlari. Saya mencadangkan anda mencuba ADIDAS TOPSALA. Kasut ini merupakan hot selling shoes dalam Malaysia. ( Extra ball feeling )
o TAPAK TEBAL – Sesuai untuk anda yg suka membuat kawalan bola. Saya mencadangkan anda mencuba X MUNICH / DESPORTE / LUNARGATO / Gato LTR
( more to comfort zone )
• Cadangan di atas adalah bagi pihak saya sendiri yang dah mencuba pelbagai jenis kasut tetapi ianya terpulang pada keselesaan si pemakai sendiri.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kasut pilihan anda dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kasut yang anda inginkan boleh kunjungi dan like Facebook serta Instagram Play Gear Futsal Shop

12932944_1260712883957547_7145358946781981903_n