Mereka Sudah Bersedia - Chiew Chun Yong

Debaran kian terasa buat pasukan futsal Harimau Malaysia apabila mereka akan membuka tirai kejohanan futsal AFF 2016 esok bertemu pasukan Indonesia.

Pertemuan esok sangat penting buat pasukan Harimau Malaysia. Jika mengikut rekod pertemua sejak tahun 2007 pasukan futsal Harimau Malaysia tidak pernah peroleh kemenangan ke atas pasukan Indonesia.

Sedar akan keputusan itu, ketua jurulatih Harimau Malaysia Chiew Chun Yong percaya para pemain sudah tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka esok.

"Sehingga kini para pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bertemu pasukan Indonesia esok. Saya mahukan para pemain memberikan aksi yang terbaik dan mengikuti perancangan tektikal permainan yang ingin saya terapkan" ujar Chiew Chun Yong.

Tambahnya,

"Saya bukan sahaja akan melihat keputusan esok, saya juga akan melihat pelbagai aspek dalam perlawanan esok dan juga kejohanan ini. Ini adalah demi pembangunan pasukan futsal Malaysia agar Malaysia mampu menjadi satu pasukan yang digeruni satu hari nanti" tegas beliau.

Semoga berjaya buat coach dan juga pasukan Harimau Malaysia.