UNIKL pamer semangat juang tinggi.

Walaupun sekadar peroleh tempat ketiga di pusingan Liga Kejohanan Liga Futsal IPT bulan lalu, ia tidak memadamkan impian pasukan UNIKL untuk meraih kejuaraan di pusingan Piala Kejohanan Liga Futsal IPT yang baru menutup tirainya hujung minggu lalu.

Pasukan UNIKL telah bangkit dan mereka mempamerkan satu semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Bermula dengan langkah kanan apabila mereka berjaya membenam pasukan juara liga premier KPTM Bangi di perlawanan pertama, rentak kemenangan mereka diteruskan sehingga ke perlawanan akhir.

14591592_1400679223293773_4257553576824629236_n

Pada aksi final tempoh hari pertemuan ketiga pasukan UNIKL dan KK Selangor pada tahun ini menyebelahi kepada pasukan UNIKL apabila mereka berjaya memenangi perlawnan tersebut dengan jaringan 9-6 sekali gus dinobatkan juara bagi Piala Kejohanan Liga Futsal IPT 2016.

Menurut ketua jurulatih pasukan UNIKL, Muhammad Fitri Yatim, Beliau sangat berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh pasukan beliau berkat usaha kesemua pihak dari pengurusan hingga la para pemain telah membuahkan hasil.

“Untuk musim akan datang ada beberapa pemain sudah tamat belajar dan ia menjadi cabaran buat saya untuk mengekalkan momentum pasukan ini. segala kesilapan yang pada musim ini akan saya cuba perbaiki bersama barisan pengurusan yang lain dan saya berharap agar kami berjaya menjuarai liga dan mengekalkan kejuaraan piala ipt ini pada musim akan datang” ujar Fitri.

14520361_1400755559952806_3221370147656055339_n

Kredit Foto : Kejohanan Liga Futsal IPT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top