TOT United Raja Futsal Selangor!
On July 31, 2018 by FixoKejohanan Terbesar Malaysia tahun ini, #RajaFutsal yang membuka tirainya di Selangor pada Ahad lepas berlangsung telah mendapat sambutan yang hangat daripada pasukan sekitar lembah klang. Malah ada juga pasukan daripada negeri lain yang bersaing di sirkit Selangor.
Untuk sirkit Selangor ini sebanyak 75 pasukan bersaing untuk merebut gelaran Raja Futsal Selangor.
Seperti yang dijangkakan, TOT United B yang baru sahaja pulang daripada kejohanan di Russia membuktikan kemampuan mereka selaku gergasi futsal amatur Malaysia apabila berjaya dinobatkan selaku Raja Futsal Selangor.
Mereka berjaya menewaskan wakil dari Johor, pasukan SS Five FC dengan jaringan 3-1. Selaku juara pasukan TOT United B berjaya membawa pulang wang tunai RM 1000, medal dan sekaligus menempah slot ke Grand Final Raja Futsal.
Kejayaan TOT United C turut ditambah apabila dua lagi pasukan mereka, TOT United A dan TOT United C turut berjaya mendapatkan slot ke Grand Final selepas menghuni kedudukan ketiga bersama.
Bagi sirkit Selangor dan Kuala Lumpur, 4 slot ke Grand Final ditawarkan dan secara automatik 3 pasukan TOT United dan SS Five FC berjaya mendapat slot tersebut.
Syabas TOT United! Selepas ini kita mencari Raja Futsal Sabah pula ada 5 Ogos ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.