Tarikh Baru MPFL 2022 Yang Perlu Anda Tahu
On December 31, 2021 by Wak GoleiroMalaysia Premier Futsal League 2022 yang sepatutnya bermula 7 Januari telah dianjakkan lewat seminggu dan tarikh baru akan bermula pada 14 Januari.
Menurut kenyataan daripada penganjur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pihak jawatankuasa telah memutuskan keputusan ini berikutan mengambil kira kesukaran yang terpaksa dihadapi pasukan bertanding dalam persiapan pra musim mereka akibat situasi banjir yang berlaku di beberapa negeri.
Peluang ini bakal membantu setiap pasukan untuk membuat lebih persiapan akhir sebelum saingan bermula dalam masa 2 minggu lagi.
Berikut merupakan tarikh terkini saingan MPFL 2022:
Sirkit 1-3
14 sehingga 30 Januari 2022
Sirkit 4-6
11 sehingga 27 Februari 2022
Sirkit 7-9
11 sehingga 27 Mac 2022
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.