Tamat perjalanan Mat Yo di Thailand. Terima kasih BG Pathum United!
On December 19, 2020 by Wak GoleiroSemalam merupakan perlawanan terakhir pusingan satu liga bola sepak Thailand dan sekaligus juga menjadi game terakhir untuk Norshahrul Idlan Talaha bersama pasukan BG Pathum United.
Mat Yo masih akan kekal berlatih bersama pasukan ini sehingga tamat baki kontrak hujung tahun ini. Dia dijangka akan pulang ke Malaysia awal tahun depan dan bakal bersama pasukan Sarawak United untuk saingan Liga Malaysia 2021.
Menurut data yang kami dapatkan di laman web rasmi liga bola sepak Thailand, daripada 15 perlawanan pusingan pertama Mat Yo bermain di 5 perlawanan, 6 perlawanan berada di barisan simpanan serta 4 perlawanan tidak disenaraikan.
“Alhamdulillah bukan persoalan main atau tidak, tapi kami sebuah keluarga yang sukar di cari ganti. Kami sangat rapat, score atau tidak bukan ukuran tapi kemenangan itu yang diraikan.”
Siapa sangka pasukan yang diwakili Mat Yo ini yang baru saja naik bermain di liga utama Thailand ini mampu memberikan kejutan dan saingan.Sehingga perlawanan semalam mereka terus berada di kedudukan pertama dengan mengumpul 41 mata. 13 menang dan 2 seri menjadikan mereka berkelebihan 7 mata perbezaan dengan pasukan no. 2 di liga, Port FC.
Menurut Mat Yo dia mahu pasukan ini terus berjaya dan muncul juara liga sekaligus dapatkan slot automatik Asia Champions League (ACL).“Saya bersyukur pada percaturan Allah SWT. Pinjaman yang sangat bernilai. Terima kasih pada keluara BG Pathum United.”
“Mereka akan sentiasa di hati saya. Pengurusan yang baik, tektikal yang baik, coach yang baik. Tak lupa juga rakan-rakan saya di sini yang sangat baik dengan saya dan keluarga saya. Terima kasih atas semua kenangan ini.”Apa-apa pun Mat Yo tetap sebahagian daripada kejayaan dan keluarga BG Pathum United.
Kenangan dan pengalaman di Thailand harap dapat dikongsi dengan pemain-pemain muda di Malaysia nanti.Usia bukan penghalang, jika ada rezeki mana tahu ada peluang untuk kembali ke Thailand. Semoga terus maju jaya buat Norshahrul Idlan Talaha!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.