Syahrian Abimanyu sertai keluarga Johor Darul Ta’zim. Siapakah beliau?
On December 23, 2020 by Wak PivotPemain tengah daripada Indonesia Syahrian Abimanyu diperkenalkan sebagai pemain baru Johor Darul Ta’zim menerusi laman sosial mereka hari ni.
Dikenali dengan panggilan Abi, pemain berusia 21 tahun ini adalah pemain dalam rancangan jangka panjang pasukan. Memulakan karier di peringkat remaja bersama SSB Mandiri Jaya Bogor Jakarta Football Academy kemudia Abi sertai pasukan remaja Levante selama dua tahun di sana dan karier remaja dia berakhir bersama Persija Jakarta.
Untuk peringkat senior dia bermula dengan pasukan Sriwijaya sebelum memperkuatkan skuad Madura United pada tahun lepas. Abi juga merupakan pemain kebangsaan skuad Indonesia sejak 2013 lagi sehingga sekarang bermula dari skuad B-16, B-19 dan juga terkini dalam skuad B-23 tahun.
Antara nama pemain yang kurang dikenali di Malaysia, tapi sudah pasti Johor Darul Ta’zim sudah membuat ‘scouting’ dan melihat pemain ini sangat berpontensi untuk membantu pasukan.
Kami menjangkakan dia akan sertai pasukan awal tahun depan kerana Abi kini berada dalam latihan pusat skuad B-23 Indonesia sehingga hujung tahun ini. Cuma apa perancangan untuk pemain muda ini kita kena tunggu dan lihat. Sama ada dia akan sertai skuad utama ataupun pasukan JDT II.
Dari segi pemasaran, satu pembelian yang baik untuk meningkatkan fan base pasukan JDT dari kalangan penyokong Indonesia.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.