Suphawut Thuenklang bakal mencipta nama di Eropah
On October 21, 2016 by FixoSetelah Liga Futsal Thailand ditamatkan akibat pemergian Raja mereka tempoh hari perkara ini telah memberi ruang buat para pemain Thailand untuk bermain di liga negara lain. Seperti kita tahu Thailand mempunyai ramai pemain yang berkualiti tinggi dan layak bermain di liga dari negara lain.
Sehingga kini difahamkan 3 pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang futsal Thailand iaitu Suphawut Thueanklang yang mewakili pasukan Chonburi Bluewave. 3 pasukan tersebut adalah Nagoya Oceans (Jepun) , Dabiri Tabriz (Iran) dan juga Kairat Alamaty (Kazakhtan).
Difahamkan ketiga-tiga pasukan ini sudah mengadakan pertemuan rasmi bersama pemilik pasukan Chonburi Bluewave iaitu Adisak Benjasiriwan. Beliau yang turut merupakan Presiden persekutuan Futsal Thailand akan mengadakan pertemuan bersama barisan pengurusan futsal Thailand untuk membincangkan hala tuju futsal Thailand sebelum bersetuju untuk melepaskan Suphawut.
Jika melihat ketiga-tiga pasukan ini merupakan antara pasukan yang terbaik di liga masing-masing. Nagoya Oceans tidak perlu diperkenalkan lagi antara pasukan terbaik di Jepun dan kini mereka menduduki tangga kedua liga. Manakala pasukan Dabiri Tabriz berada di tangga keempat Liga futsal di Iran.
Satu lagi pasukan iaitu Kairat Alamaty dari Kazakhstan. Jika Suphawut bersetuju untuk bermain di kelab ini ia bakal membawa nama beliau di pentas eropah. Ini berikutan Kazakhstan merupakan ahli gabungan negara eropah (UEFA). Pasukan ini juga bukan calang-calang pasukan, mereka merupakan juara bertahan selama 10 kali bagi Kazakhstan Futsal Primier League dan merupakan juara UEFA Futsal Cup pada edisi tahun lalu.
Pasukan ini juga diwakili oleh pemain kebangsaan Kazakhstan dan mempunyai 9 pemain import dari Brazil. Ia mampu memberikan impak yang positif buat pemain berusia 27 tahun ini. Jika urusan perpindahan ini berjaya kita akan dapat melihat wakil Asean di bumi Eropah. Semoga berjaya buat beliau.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.