Step Up dan Armada ingin kekalkan momentum bagi musim hadapan.
On September 17, 2016 by FixoPanggilan nama Step Up (wanita) dan Armada (lelaki) merupakan gelaran yang diberikan bagi pasukan futsal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Mereka yang tampil cemerlang pada Liga Futsal IPT 2016 baru-baru ini ingin terus mengekalkan momentum mereka bagi menghadapi musim depan dan juga Piala KFIPT bagi pasukan lelaki hujung bulan ini.
Bagi pengurus pasukan UTHM encik Khairul Amir Hamzah beliau bersyukur dan gembira apabila sasaran yang diletakkan kepada kedua-dua pasukan mereka berjaya dikecapi. Bagi Step Up mereka berjaya peroleh tempat kedua liga manakala bagi Armada mereka berjaya kekal di Liga Premier apabila menamatkan liga di kedudukan ketiga.
Kecemerlangan pasukan UTHM tidak akan hadir tanpa usaha dan kerja keras para pemain dan barisan kejurulatihan.
“Bagi Piala KFIPT sudah pasti saingan akan menjadi lebih sengit & kompetetif, saya berharap para pemain perlu teruskan momentum dengan persiapan lebih rapi di sebalik kesibukan kuliah yang baru bermula. Pengalaman di Grand finale tahun sebelum ini sedikit sebanyak jadi pengalaman buat kami” kata Khairul Amir.
Mengulas mengenai musim 2017 Khairul Amir memerlukan skuad yang lebih besar dan beliau bercadang untuk menambah bilangan pemain bagi mengimbangi pasukan yang bermain di format liga ini. Selain itu beliau juga bercadang untuk membuat beberapa perlawanan pra musim bagi persiapan pasukan untuk terus mengekalkan momentum.
“Kesempatan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pemain, Coach Osman, Coach Asrul & Coach Safwan di atas pencapaian musim ini serta komitmen mereka tanpa jemu. Kami sentiasa positif disebalik cabaran yang kami hadapi” tegas beliau.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.