
Senarai Pemenang Liga Futsal Kebangsaan
On February 6, 2017 by FixoSelepas setahun Liga Futsal Kebangsaan menyepi akhirnya ia akan kembali bermula minggu ini dimana 10 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita akan berentap bagi edisi 2017 ini.
Namun agak sukar untuk menentukan pasukan manakah akan menjadi juara memandangkan ia masih awal dan setelah setahun menyepi adakah kesemua pasukan dan pemain mampu untuk memberikan saingan yang menarik pada kali ini.
Pada edisi terakhir musim 2014/2015 pasukan Felda United berjaya mengekalkan kejuaraan bagi kategori lelaki manakala pada Selangor berjaya menjuarai bagi kategori wanita.
LFK musim 2017 ini akan menemui para peminat bermula 11 Februari 2017 ini dan akan berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Semoga berjaya buat kesemua pasukan.
Berikut merupakan senarai pemenang Liga Futsal Kebangsaan
Kategori Lelaki
2004 : PDRM
2005/2006 : AOB Teras Selatan
2007 : Johor FC
2008/2009 : KL Figos RSA FC
2009/2010 : KL Figos RSA FC
2010/2011 : Selangor FA
2011/2012 : PKNS FC
2013/2014 : Felda United FC
2014/2015 : Felda United FC
Kategori Wanita
2007 : MAKSAK
2008/2009 : PDRM FC
2009/2010 : Selangor FA
2010 : Selangor FA
2011/2012 : PKNS FC
2013/2014 : MPSJ FC
2014/2015 : Selangor FA
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.