Senarai 20 Pemain Futsal Wanita Bagi Kem Latihan Pusat Fasa 6
On April 14, 2017 by FixoBerikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Muizzudin Mohd Haris untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 6 skuad futsal wanita Malaysia bermula 17 April ini (Isnin).
Ia sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017.
- Siti Asnidah Zamri (Felda United)
- Zur’ain Kamarudin (Felda United)
- Nor Faizah Md Akhir (Felda United)
- Farahiyah Muhd Ridzuan (Felda United)
- Norhawa Md Yasin (Felda United)
- Nur Shazreen Munazli (Felda United)
- Hanis Farhana Shamsul Azizan (Felda United)
- Fatin Shahida Azmi (Felda United)
- Zawani Nisha Habib Rahman (Felda United)
- Farah Najihah Abdul Aziz (Felda United)
- Amirah Sarah Mohd Fahmi (Kuala Lumpur)
- Sity Norazizah Jamal (Kuala Lumpur)
- Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh (Kuala Lumpur)
- Fasrina Amira Abdullah (Kuala Lumpur)
- Intan Sarah Anisah Zulgafli (Perak)
- Noorasyeimah Mohamad Rashid (Perak)
- Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri (Perak)
- Nuraiin Shafika Omar (Perak)
- Lovelytha Jelus (PDRM)
- Noor Asyikin Mohd Noor (PDRM)
Sementara itu, empat pemain – Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Perak), Naziratul Amira Ahmad Nasri (Kuala Lumpur) serta Siti Nur Atiqah Rashid dan Nur Izwani Azman (Felda United) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.
Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama 17 hari iaitu dari 17 April hingga 3 Mei depan di RSA Klang dan KSL Puchong dengan beberapa perlawanan persahabatan telah diatur, namun masih menantikan pengesahan akhir.
Sumber : FAM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.