Semua Pemain Perlu Beri Aksi Terbaik – Chiew Chun Yong

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Chiew Chun Yong berharap Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang akan bermula esok berharap semua pemain dan pasukan dapat memberikan aksi yang terbaik.

Selepas ketiadaan liga selama setahun, kembalinya LFK pada tahun ini akan memberi ruang dan peluang buat Chiew Chun Yong untuk menilai para pemain sedia ada dan juga bakat-bakat baru.

“Saya berharap dapat melihat aksi para pemain senior di tahap terbaik dan mencapai jangkaan saya dan buat pelatih kebangsaan harap mereka dapat mengekalkan momentum dan performance mereka sebelum kem yang akan datang”.

“Saya juga akan menilai pemain-pemain baru dari kesemua pasukan dan jika mencapai apa yang saya mahukan tidak mustahil mereka akan dipanggi untuk menyertai kem futsal kebangsaan selepas ini” kata Chiew Chun Yong.

Kini beliau sedang mempersiapkan pasukan kebangsaan bawah 20 tahun bagi menghadapi kejohanan futsal AFC Bawah 20 tahun yang dijangka bermula pada bulan Mei ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top