Selangor Berkongsi Mata Dengan Felda United
On June 10, 2015 by Wak FaizalPasukan Selangor yang hampir pasti membawa pulang tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan kategori lelaki Piala Liga Kebangsaan terpaksa akur apabila diikat dengan Pasukan Felda United.
Mereka berjaya menemui jaringan penyamaan di hujung babak perlawanan sekaligus berkongsi 1 mata. Pasukan Felda united tampak buntu untuk menjaringkan gol apabila beberapa peluang di hadapan gol gagal disempurnakan.
Mereka terpaksa bermain dengan sistem “five man” ketika ketinggalan 5-4 di belakang selangor dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan apabila Azwan berjaya menjaringkan gol.
Selangor tampak diberi suntikan baru dengan kehadiran 2 pemain dari pasukan Sabah yang dipinjamkan untuk pusingan Piala Liga Kebangsaan iaitu Iwan Bakri dan Iftitah.
Kehadiran mereka telah merobek kubu pasukan Felda United yang tampak yakin pada awal permainan. Iwan Bakri yang juga pelatih kebangsaan berjaya membantu Selangor menjaringkan dua gol.
Selangor bakal bertemu pasukan Selangor MPSJ manakala Felda United akan bertemu pasukan Melaka pada hari kedua esok. Kesemua perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.
Foto : Futsal Selangor
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.