“Saya Bukan Wira” – Zharil Izad Ruslan
On May 17, 2018 by WanShaKami sempat bersama seorang daripada pemain TOT United, Zharil Izad Bin Ruslan yang bakal beraksi di Russia setelah berjaya menjuarai Kia Road To Russia 2018 di KLFA tempoh hari. Ayuh baca dan ketahui tentang pemain ini dan pasukannya.
AFM : Setelah pasukan anda sampai ke tahap ni. Apa perasaan anda dapat bawa pasukan anda wakil Malaysia ke Russia?
ZI : Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi rezeki untuk mewakili pasukan Malaysia ke Russia. Pada mulanya, saya tidak menjangka kami mampu sampai ke tahap ini. Walaubagaimanapun, setelah berhempas pulas kami akhirnya berjaya merealisasikan impian kami.
Perasaan saya rasa ketika itu bagaikan tak percaya seoalah-seolah mimpi. Dalam masa itu juga, saya sangat gembira tidak terkata kerana inilah pencapaian yang paling jauh kami bersama untuk setakat ini.
AFM : Jadi, bilakah anda dan pasukan akan terbang ke Russia?
ZI : Kami akan ke Russia pada 28 Jun 2018 hingga 3hb Julai 2018
AFM : Zharil dikatakan muncul sebagai seorang wira untuk pasukan ni. Apa komen anda?
ZI : Haha! Futsal adalah permainan berpasukan. Jadi, saya hanya berusaha bermain sehabis-habisnya untuk pasukan saya. Saya merasakan kami semua adalah wira sepanjang kejohanan itu.
AFM : Apa persiapan diri dan pasukan setakat ini?
ZI : Persiapan diri untuk kali ini adalah untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal, terutamanya fokus pada kali ini adalah lebih kepada fizikal supaya saya dapat memberi saingan yang kuat kepada pemain antarabangsa.
Persiapan pasukan setakat ini, kami hanya membuat perlawanan persahabatan terlebih dahulu. Pasti akan datang, kami akan membuat latihan pasukan dan banyakkan lagi perlawanan persahabatan untuk mendapatkan lebih keserasian dalam pasukan.
AFM : Apa harapan untuk diri sendiri dan pasukan?
ZI : Harapan diri dan pasukan semestinya adalah menjadi pasukan pillihan juara di Russia nanti sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan! Kami semua berharap untuk bermain sebaik mungkin dan menjadi pasukan yang terbaik di Russia nanti.
Kami di Arena Futsal Malaysia mendoakan agar kejayaan tercipta di bumi Russia ini nanti.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.