
Saurav Singh Ikut Jejak Dua Pemain Malaysia ke Sepanyol
On December 23, 2020 by Wak PivotSejak beberapa tahun ini boleh dikatakan banyak pemain bola sepak muda daripada Malaysia mencari peluang untuk membina kerjaya bola sepak di luar negara sama ada menyertai akademi mahupun sesi percubaan.
Baru-baru ini menurut laporan The Star, giliran pemain berusia 17 tahun, Saurav Singh menjadi pemain terbaru dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai Malaga City FC Academy di Sepanyol.
Semuanya selepas video aksi pelajar Sekolah Antarabangsa Tenby ini berjaya menarik minat ketua ‘Performanc Analysis & Recruitment’ akademi tersebut dan memberikan tawaran kepada dia.
“Saya sangat gembira menerima tawaran daripada akademi ini. Saya berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk mendapatkan pengalaman di antarabangsa dan meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal serta keadaan mental saya di bawah program bimbingan bertaraf dunia untuk menjadikan saya berjaya dalam bidang bola sepak profesional”, kata Saurav kepada The Star.
Malaga City FC ini adalah sebuah akademi berpengkalan di Malaga Sepanyol yang mengumpul pemain-pemain muda dari pelbagai negara. Mereka fokus untuk pembangunan pemain muda ini bukan saja dari segi bola sepak tapi juga akademik.
Untuk makluman sejak tahun 2016 lagi ada beberapa pemain daripada Malaysia yang mencuba nasib di akademi ini dan sekarang ada dua pemain muda kita bermain di sana iaitu Allee Putra Azril dan Imran Abdul Rahman. Mereka sudah berada di sana sejak September lepas.
Semoga mereka semua akan terus berusaha untuk mengejar cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional. Tak mustahil juga nama-nama ini nanti bakal mewakili Malaysia satu hari nanti. Anda boleh terus ikuti perkembangan pemain-pemain muda kita ini di www.facebook.com/fcmalagacity.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.