Sabah Atau Kelantan FC?
On November 20, 2020 by WanShaIngat lagi Neymar Malaysia pada suatu ketika dahulu? Pemain kelahiran Sabah yang pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012 oleh salah satu laman sukan terkenal di dunia iaitu ESPN.
Kalau sebelum ini, sebut saja nama Rozaimi Abdul Rahman, mesti ramai yang terbayangkan aksi-aksinya di padang. Mana tidaknya, gaya permainan yang dipamerkan ala-ala Neymar suatu ketika dulu nyata memberi sinar baru kepada peminat bola sepak negara ketika itu.
Pasti ramai antara kita yang rindukan aksi lincah pemain di posisi sayap ini. Walau bagaimanapun, kegemilangannya terhenti setelah Rozaimi terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2015.
Pada 2016 ketika masih dalam proses pemulihan, Rozaimi mengikat kontrak bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Ketika itu, dia turut mengakui bahawa penyertaannya ke JDT adalah disebabkan Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang inginkannya menjalani proses pemulihan di sana.
Namun, semalam melalui akaun Instagram miliknya, Rozaimi umum meninggalkan pasukan JDT setelah 5 tahun berkelana di sana.
Turut menjadi persoalan, kemanakah hala tuju Rozaimi selepas ini? Adakah dia akan kembali ke pasukan asalnya, Negeri di Bawah Bayu atau The Red Giants? Apa kata anda?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.