Rumusan Hari 1 MPFL 2022 (Sirkit 2)
On January 22, 2022 by Wak FotoSirkit kedua MPFL 2022 menyaksikan 4 perlawanan yang berlangsung dengan beberapa keputusan yang mengenjutkan.
Bermula dengan perlawanan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang berkesudahan dengan keputusan 3-2. Negeri Sembilan yang membuat kejutan di sirkit 1 tempoh hari terpaksa akur dengan kebangkitan Pulau Pinang yang berjaya mencuri 1 gol di minit akhir menerusi Nazrin Ashraf sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan dari utara ini.
Seterusnya Pahang Rangers turun dan tak memberikan peluang kepada pasukan Perak apabila mereka meraih kemenangan dengan selesa 8-1. Pahang Rangers yang tampil di perlawanan kedua ini tampak memberikan aksi yang terbaik, dengan para pemain berpengalaman yang mereka ada sukar untuk Perak yang baru dibentuk ini untuk menghalang asakan demi asakan.
Perlawanan ketiga juga menarik kerana dapat melihat satu perlawanan yang sengit antara ATM dan Terengganu. Masing-masing memberikan serangan demi serangan dan akhirnya pasukan Terengganu bangkit untuk menewaskan ATM 5-4. Kapten Terengganu Zulkarnain Abdul Majid muncul wira apabila dia tenang menyempurnakan penalti di minit akhir untuk gol kemenangan pasukan.
Perlawanan terakhir menyaksikan pasukan Kedah berjaya meraih 3 mata pertama mereka dengan kemenangan ke atas Shah Alam City 6-2. Perlawanan yang nampak seimbang pada awalnya kemudian nampak berubah selepas pemain Shah Alam City, Saiful Aula dikenakan kad merah. Peluang itu digunakan sebaik mungkin pemain Kedah untuk manfaatkan peluang yang mereka ada di depan gol.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.