“Powerplay” Myanmar Leburkan Rekod Kemenangan Harimau Malaysia
On January 25, 2017 by FixoImpian untuk menjadi juara kumpulan B tidak tercapai apabila Harimau Malaysia terpaksa akur tewas kepada pasukan Myanmar dengan jaringan 5-3 sebentar tadi.
Pada separuh masa pertama permainan tampak lebih dikuasai oleh pasukan Malaysia namun agak sukar untuk mereka melepasi pemain Myanmar yang begitu berdisiplin ketika bertahan.
Kedua-dua pasukan tampil dengan permainan yang agresif sehingga menyebabkan kedua-dua pasukan mengumpul 7 kesalahan dan peroleh penalti.
Namun peluang itu tidak disempurnakan oleh pemain Myanmar sebaliknya Abu Haniffa dan Saiful Nizam berjaya menyempurnakan penalti dan separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-0.
Masuk separuh masa kedua Khairul Effendy tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila berjaya menjaringkan gol ketiga buat Malaysia.
Tersentak dengan jaringan itu ketua jurulatih Myanmar mengambil risiko dengan bermain secara powerplay seawal minit ke 10 perlawanan. Ternyata tektikal powerplay Myanmar begitu berkesan dan mereka berjaya mendapat gol sehingga terikat 3-3.
Malaysia terus diberikan tekanan yang kuat oleh pasukan lawan dan akhirnya mereka berjaya peroleh lagi 2 gol dan perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 5-3.
Walaubagaimanapun pasukan Malaysia tetap layak ke pusingan separuh akhir apabila peroleh naib juara kumpulan B. Namun laluan sukar mungkin dihadapi oleh mereka apabila Thailand akan menjadi lawan mereka di separiuh akhir yang akan berlangsung esok.
Perjuangan masih belum tamat. Lupakan kekalahan hari ini. Ayuh bangkit.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.