Politeknik Mendominasi Pusingan Kelayakan Liga Futsal IPT 2017
On March 5, 2017 by Fixo6 pasukan Politeknik berjaya menempah slot ke Liga Premier Kejohanan Liga Futsal IPT 2017 sekali gus mendominasi pusingan kelayakan yang menutup tirainya petang tadi.
25 pasukan telah mengambil bahagian di pusingan kelayakan ini bagi merebut 8 slot ke liga premier. Kali terakhir pasukan dari Politeknik beraksi di Liga IPT pada tahun 2015 menerui pasukan Politeknik Pahang.
Namun pada edisi kali ini 7 pasukan dari Politeknik telah mengambil bahagian dan hanya 6 sahaja berjaya melayakkan diri iaitu pasukan Politeknik Selangor, Politeknik Negeri Sembilan, Politeknik Pahang, Politeknik Melaka dan Politeknik Johor.
Kehadiran pasukan dari Politeknik ini membuktikan mereka mempunyai bakat yang banyak dan pasti mereka akan merancakkan lagi kemeriahan Liga Futsal IPT yang akan bermula pada April ini.
Selain daripada pasukan dari Politeknik dua lagi pasukan yang turut berjaya mengesahkan penyertaan di Liga Premier adalah pasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga UniSZA.
8 pasukan ini akan beraksi di Liga Premier bersama 4 lagi pasukan yang berjaya kekal dari musim lepas iaitu pasukan UTHM, UiTM Pahang, IIUM dan juga UMT.
Tahniah buat kesemua pasukan yang berjaya layak ke Liga Futsal IPT 2017.
kredit foto : Arena Sukan IPT
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.