PKNK Milo & Primer Kelate C Muncul Juara Hidup Bola Milo Perak!

Kejohanan Hidup Bola Milo semakin menghampiri pusingan Grand Final dan minggu lalu telah berlangsung di sirkit Perak dan sebanyak 116 pasukan telah mengambil bahagian bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun pasukan PKNP Milo telah muncul juara selepas menang tipis 1-0 dengan pasukan Mansrina FC manakala tempat ketiga bersama jatuh kepada pasukan KSMR Sukee JR dan Aziman FT.

Dalam kategori ini, pemain terbaik telah diberikan kepada Afiq Danish manakala penjaga gol terbaik diberikan kepada Amir Ashraff. Kedua-dua daripada pasukan PKNP Milo.

Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, Primer Kelate C dan Ally B berjaya menempatkan pasukan ke pusingan Grand Final. Di perlawanan akhir, pasukan daripada Kelantan, Primer Kelate C berjaya menewaskan Ally B dengan keputusan 3-2. Bagi tempat ketiga dikongsi pasukan RG dan juga RSJ.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada pemain Ally B, Ameer Irfan manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Sikh Izhan yang juga merupakan penjaga gol utama Harimau Malaya B-16 yang beraksi di kejohanan AFC B-16 baru baru ini.

Bawah 12 Tahun

Juara : PKNK Milo
Naib Juara : Mansrina FC
Ketiga Bersama : KSMR Sukee JR & Aziman FT

Bawah 16 Tahun
Juara : Primer Kelate C
Naib Juara : Ally B
Ketiga Bersama : RG & RSJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top