4 Penjuru SMJ Championship. 1 Pasukan Luar Negara Akan Turut Serta
On April 10, 2023 by Wak MattDalam beberapa hari sahaja lagi, pertandingan futsal 4 penjuru di Sabah bakal dianjurkan kerjasama antara KKFL, Sabah FA & FAM. Pertandingan ini dinamakan SMJ Futsal Championship dan bakal dihadiri oleh 4 pasukan yang terkemuka iaitu 2 pasukan daripada Malaysia Premier Futsal League (MPFL), 1 kelab dari Sabah dan 1 lagi datang dari luar negara iaitu dari Brunei Darussalam bagi memberi saingan yang sengit dalam pertandingan ini.
Pertandingan ini akan berlangsung selama 3 hari berturut turut dan perlawanan setiap pasukan dijadualkan sepak mula bermula pada waktu malam.Pertandingan ini akan bermula pada 14 April – 16 April 2023 bertempat di Arena Futsal Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Kesemua 7 perlawanan pertandingan ini akan bermula pada pukul 9:00 P.M dan berakhir pada 11:00 P.M bagi ketiga tiga hari tersebut, 2 pasukan MPFL yang menyertai pertandingan ini adalah daripada pasukan SELANGOR TOT UNITED dan SABAH F.A. 1 pasukan yang mewakili Brunei adalah ALMEREZ FUTSAL CLUB dan juga 1 kelab dari Sabah iaitu DNY CARTEL FUTSAL CLUB yang bertandang dalam SMJ Futsal Championship ini. Keempat empat pasukan ini akan berentap dalam pertandingan ini bagi merebut gelaran juara bagi SMJ FUTSAL CHAMPIONSHIP. Jadi pasukan manakah yang akan Berjaya menjuarai pertandingan ini?
Ayuh semua rakyat Sabah dan terutamanya rakyat Kota Kinabalu datang beramai ramai untuk memeriahkan suasana di arena futsal Yayasan Sabah.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.