Perindu Legend Keluarga Besar Kami – Azam
On May 28, 2018 by WanShaPerindu Legend, bukan satu nama asing terutama bagi mereka yang belajar di UiTM Shah Alam. Satu komuniti futsal yang terbentuk dari kalangan pelajar-pelajar di sana.
Menurut wakil Perindu Legend, Ahmad Nor Azam, komuniti ini asalnya daripada rakan-rakan futsal yang bermain di gelanggang futsal Kolej Perindu, UiTM Shah Alam. Komuniti ini masih kekal dari zaman 2006 hingga kini. Kebanyakan pemain futsal UiTM Shah Alam akan bermain di gelanggang tersebut setiap petang. Walaupun sudah habis belajar ada juga rakan-rakan Perindu yang masih turun bermain di gelanggang ini.
Berkonsepkan king stay dengan jaringan 2 gol, ia menjadikan permainan setiap petang kami sangat competitive. Tambahan pula, Perindu Legend juga mempunyai pasukan bola sepak yang bermain di Liga KVL yang ratanya adalah pemain futsal di court perindu itu sendiri sekaligus menambahkan lagi keakraban kami.
Di bulan Ramadan juga mereka tetap akan berkumpul untuk bermain futsal pada sebelah malam selepas solat Tarawikh. Jumaat lalu telah berlangsungnya perlawanan Perindu Legend Laga Angin League Vol2 2018 di RSA Real Sport Arena Klang, Selangor. Kejohanan 6 penjuru ini merupakan edisi yang kedua dimana 6 pasukan dari 6 generasi Perindu telah berkumpul.
Antaranya ialah pasukan Perindu Fancy, Perindy Legacy, Perindu Extend, Perindu Senior, Perindu Tua dan Perindu Muda. Untuk edisi yang kedua ini telah dimenangi oleh pasukan Perindu Fancy yang mempunyai pemain-pemain pengalaman seperti Azri Rahman, Yazadh Amri, Mohd Azrisham dan Ahmad Faizal.
Menurut Azam, komuniti ini adalah keluarga besar kami. Bukan sahaja berkongsi hobi bermain futsal, malah kami banyak membantu antara satu sama lain terutama dari segi peluang pekerjaan dan berkongsi pengalaman kehidupan selepas belajar bersama pelapis (junior) Perindu Legend.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.