‘Penswastaan’ Bolasepak Kini Bermula. Tahniah Kelantan FC
On November 6, 2020 by WanShaKini penswastaan pasukan sudah menampakkan impak apabila Kelantan FC yang dimiliki oleh Zamsaham memperkenalkan The Red Warriors Resorts, sebuah resort yang terletak di 2316, Jalan Bohor Tempoyak, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah.
Tahniah TRW Resort yang merupakan resort patuh syariah dimana hanya membenarkan pasangan mahram sahaja menginap bersama. Mengikut posting yang dimuat naik oleh akaun Facebook TRW Kelantan FC, Resorts ini menawarkan bilik yg bersih selesa dan bakal meninggalkan kenangan indah bersama TRW Resorts Langkawi.
2021 akan dilancarkan Kad TRW untuk semua penyokong dan sudah pasti diskaun menarik untuk pemegang kad keahlian TRW. Bagi anda yang ingin menempah TRW Resorts boleh berbuat demikian di Agoda dan boleh hubungi 017 445 1636 / 012 550 3225. Layari https://www.facebook.com/trwresortlangkawi/ untuk info lebih lanjut.
Ini adalah satu batu lonjatan bagi pasukan-pasukan lain untuk bersama-sama menyediakan aset-aset penting untuk menjana kewangan kepada kelab. Misi yang tidak mustahil
Komen-komen positif juga ditulis oleh semua peminat bolasepak kepada langkah terbaru dari pemilik kelab Kelantan FC.Kepada boh Zamsaham jangan lupa ye pasukan futsal Kelantan FC ‘wojib’ ada di MPFL 2021. Amin.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.