Pengalaman Membawa Pasukan Bola Sepak Pantai Kebangsaan Bakal Menjadi Inspirasi Buat Ketua Jurulatih Pasukan T-Team
On June 10, 2015 by Wak FaizalPada tahun lepas saat manis buat negara Malaysia apabila Pasukan Bola Sepak Pantai Kebangsaan telah menjadi juara di Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF. Apa yang menarik pasukan ini dibimbing oleh seorang yang tidak asing lagi di arena futsal tempatan iaitu Coach Wan Adremy.
Bola Sepak Pantai Kebangsaan juara di Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF
Coach Wan Adremy adalah ketua jurulatih bagi pasukan futsal T-Team yang beraksi di Liga Futsal Kebangsaan sejak tahun 2012 lagi. Pada tahun ini beliau sekali lagi diberi kepercayaan untuk membawa pasukan ini bagi menghadapi liga yang bakal bermula tidak lama lagi.
Pengalaman yang dikecapi ketika membimbing pasukan bola sepak pantai pasti akan akan digunakan sepenuhnya untuk membawa pasukan futsal T-Team pada musim kali ini. Malah kini pasukan T-Team gigih melakukan persediaan yang rapi bagi menghadapi liga yang bakal bermula tidak lama lagi.
Pada musim kali ini Coach Wan telah menggabungkan beberapa pemain lama dan baru bagi memberikan satu impak dan saingan buat kesemua pasukan yang bakal beraksi nanti.
Semoga berjaya buat Pasukan T-Team di Liga Futsal Kebangsaan 2015.
Profil
—————————————-
Nama : Wan Adremy Indera bin Wan Adnan
Umur : 37 Tahun
Pengalaman Karier Jurulatih
1. Jurulatih Futsal MAKSAK Terengganu 2010-2013
2. Jurulatih Futsal & Bola Sepak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 2009 -2015
3. Jurulatih Jaguh Futsal RTM Terengganu 2008
4. Pen. Jurulatih Piala Presiden Terengganu 2012
5. Pen. Jurulatih Bola Sepak SUKMA Terengganu 2012
6. Jurulatih Futsal PBDKT T-Team 2012-2016
7. Jurulatih Bola Sepak Pantai SUKMA Terengganu 2013-2015
Jurulatih Bola Sepak Pantai Kebangsaan 2014-2015
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.