Pemain UNIKL BMI Diharap Kekal Momentum
On March 28, 2016 by Wak FaizalPemain UNIKL BMI diharap dapat mengekalkan momentum menjelang pusingan pertama Liga Futsal IPT 2016 yang bakal berlangsung di UMP, Pahang pada 19 Mei depan.
Jurulatih pasukan ini, Fitri Yatim berkata, para pemain telah menunjukkan satu persembahan yang baik sepanjang pusingan kelayakan minggu lalu dan beliau berpuas hati dengan aksi pemainnya walaupun tewas di perlawanan akhir.
“Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi saya dan ia permulaan bagi kami untuk mengharungi liga super pada bulan mei nanti” ujar beliau.
Kejayaan membawa pasukan UNIKL BMI ke liga super futsal ipt adalah satu pencapaian yang baik buat pemain kebangsaan ini Fitri Yatim, dan ia adalah satu semangat buat beliau untuk terus belajar dan berharap segala pengalamannya dapat membantu pasukan ini meraih liga pada musim ini.
Mengulas mengenai pencapaian ini, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih pasukan ini iaitu Zul Azmi dan juga pengurusan pasukan yang memberi peluang buat beliau dan rakan beliau Azrul Hadee untuk membimbing pasukan ini. Coach Zul Azmi juga turut memberi tunjuk ajar kepada Fitri dan mereka sering berbincang mengenai tektikal serta corak latihan yang ingin diterapkan kepada para pemain.
“Saya harus memberi pujian buat para pemain kerana mereka sungguh berdisiplin serta mereka mudah memahami corak latihan dan tektikal yang diajar kepada mereka, dan itu membuatkan kami sampai ke tahap ini” kata Fitri Yatim.
Menjelang pusingan pertama nanti beliau berharap pemain mengekalkan momentum dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan di Liga Super Futsal IPT musim ini.
Foto Kredit : Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.