
Pemain Muda Taruhan Terengganu PBDKT/T-TEAM Harungi LFK
On June 9, 2015 by Wak FaizalMengimbau kembali penyertaan Terengganu dalam kancah Liga Futsal Felda/FAM sejak mula beraksi pada 2008, pasukan dibawah naungan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDKT)/ T-Team telah membuktikan kemampuannya sebagai salah satu pencabar terkuat kejohanan.
Dibawah bimbingan jurulatih Wan Adremy Indera Wan Adnan menampakkan hasil pada musim lepas setelah menduduki tangga ketujuh dalam liga daripada 16 pasukan yang bertanding. Kini Wan Adremy kembali mengatur langkah dengan taruhan pemain muda dan dikemaskan oleh pemain senior yang lepas dalam mengalas cabaran yang dijadualkan awal februari nanti.
Beliau mengakui tidak sukar untuk mencorakkan pemain muda taruhan Terengganu PBDKT/T-TEAM kali ini kerana mereka yang dipilih merupakan pemain baru yang diserap masuk dalam Skuad Sukma 2015 nanti. Beliau mengakui pemain baru atau lama, apa yang diperlukan beliau adalah disiplin dan komitmen yang ditunjukkan di dalam padang kerana dari situ kita boleh melihat kemampuan sebenar mereka. Katanya pada sesi latihan di Pusat Latihan Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), kepada wakil Arena Futsal Malaysia.
Bermula sesi latihan pada 1 Januari 2015, agak lewat berbanding dengan pasukan bertanding yang lain, beliau banyak memberi penekanan kepada aspek kecergasan pemain dan menjalani ujian khas bagi menilai kemampuan pemain itu sendiri. Walaupun agak lewat menjalani latihan, namun dia bukan halangan bagi Wan Adremy kerana komitmen pemain yang tinggi dan semangat untuk bersaing adalah faktor utama pemain ingin terus menunjukkan kemampuan dalam musim ini.
Meletakkan sasaran yang begitu realistic berdasarkan kemampuan musim-musim lepas, beliau ingin berada di kelompok empat terbaik musim ini. Beliau juga akan mengadakan sesi perlawanan persahabatan dengan pasukan Kuantan (Pahang) dan MK Team (Melaka) bagi menguji keserasian dan latihan insentif yang diterapkan semasa sesi latihan sebelum ini. Beliau juga menharapkan dengan kehadiran seorang pemain kebangsaan dapat menguatkan pasukan dan membaiki kedudukan mampu direalisasikan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.