MPFL Semakin Kompetitif, 2 Import Dibenarkan Musim 2023
On November 9, 2022 by FixoPasukan-pasukan MPFL mampu menghela nafas lega hari ini selepas FAM bersetuju menambah satu lagi slot pemain import dalam pasukan yang bertanding.
Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin beberapa hari lepas.
Bagaimanapun, pasukan-pasukan diingatkan salah satu slot pemain import perlu diisi dengan pemain import dari Asia. Manakala satu lagi slot boleh diisi oleh pemain import dari mana-mana negara.
Sebelum ini, FAM telah membenarkan slot seorang pemain import dalam pasukan-pasukan MPFL bermula musim 2020.
Saingan MPFL 2023 bakal berlangsung dari Februari hingga Julai tahun hadapan. Lapan pasukan terbaik liga kemudiannya bersaing dalam kejohanan Piala Futsal Malaysia (MFC).
Pertandingan kali ini turut menampilkan pendatang baru, Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini selepas Harimau Selatan mengumumkan pembentukan pasukan futsal untuk MPFL tahun hadapan.
Dalam mesyuarat sama, FAM turut bersetuju membenarkan pasukan-pasukan wanita MPFL mengambil seorang pemain import. Saingan wanita MPFL dijangka bermula sekitar Mei tahun depan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.