MOTA : 6 Tips Elak Kecederaan
On July 20, 2017 by FixoSebagai seorang atlet ataupun seorang yang gemar bersukan, kita tidak lari dari mengalami kecederaan. Sama ada kecederaan itu terjadi oleh disebabkan kita sendiri mahupun disebabkan pihak lawan yang melakukan kekerasan kepada kita.
Kekerasan yang dilakukan pihak lawan kepada kita, memang kita tidak dapat elakkan namun jika kita benar-benar cergas peratusan untuk cedera amat rendah sekali. Kalau anda boleh tengok contoh pemain futsal negara kita, Khairul Effendy Bahrin yang sering kena ‘tackle’ dengan pihak lawan namun sukar untuk melihat dia mengalami kecederaan ..
Di sini Coach MOTA ingin kongsikan sedikit langkah anda boleh elak dari kecederaan sukan :
1.Pemanasan Badan
Pemanasan badan dan menyediakan otot tertentu dan badan untuk tekanan dalam aktiviti-aktiviti yang bertenaga. Pemanasan badan adalah bagi mencapai keputusan lebih baik dalam latihan atau prestasi. Ia juga untuk mengelakkan kecederaan pada otot-otot, tisu-tisu atau badan disebabkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang.
2.Regangan
Regangan adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang mana memanjangkan fiber otot-otot dan menggerakkan tisu perantara dalam badan. Ia juga mungkin meningkatkan pergerakan sendi-sendi. Tujuan-tujuan regangan ialah terdiri daripada:
- Untuk kurangkan risiko kecederaan
- Untuk membolehkan pembinaan penuh kumpulan otot
- Untuk meningkatkan pergerakan otot
- Untuk meningkatkan rehat
- Bagi mengurangkan tekanan
- Tingkatkan postur otot-otot
- Tingkatkan peredaran darah
3. Penyejukan Badan
Penyejukkan badan adalah satu proses yang secara beransur-ansur mengurangkan fungsi fisiologi badan selepas latihan dan aktiviti sukan untuk mengelak kesan fisiologi dan kesan negatif. Ini boleh memperlahankan fungsi fisiologi yang terdiri daripada:
- Senaman pernafasan
- Regangan ringan
- Tingkatkan pemulihan
- Mengurangkan pengumpulan asid laktik
4.Peralatan Perlindungan
Ini ialah untuk melindungi bahagian-bahagian badan bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti-aktiviti sukan. Ia juga boleh digunakan sebagai alat bantuan untuk bergiat semula dalam kegiatan sukan selepas kecederaan dalam situasi-situasi di mana boleh memburukkan lagi kecederaan. Ia boleh memberi manfaat psikologikal iaitu dengan meningkatkan keyakinan pemain-pemain.
5. Pemulihan Efisyen
Ia merujuk kepada mendapat manfaat penuh daripada latihan dan menghalang kecederaan yang sama berulang. Pemulihan yang tidak mencukupi dan efisyen boleh menurunkan prestasi dan boleh menyebabkan keletihan. Misalnya kita boleh menggunakan kaedah spa, urut, rehat dan tidur untuk memastikan pemulihan adalah berlaku dalam keadaan yang betul dan selamat.
6. Pemakanan Yang Betul
Dalam kes ini, pemakanan yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko kecederaan disebabkan dari kesan-kesan kepada proses pemulihan sebelumnya. Kekurangan sumber glikogen menyebabkan pengurangan kepada penyimpanan lemak dan protein dan ini boleh mengakibatkan peningkatan pemecahan protein dalam badan, pada masa sama ia boleh menjurus kepada kecederaan tisu lembut. Penghidratan yang tidak mencukupi juga menyebabkan aliran darah tidak efisyen untuk otot bekerja, yang mungkin meningkat risiko kecederaan.
Artikel ini ditulis oleh En Hairol Isa, Penasihat Kecergasan MOTA Futsal Academy.
Beliau juga adalah Pegawai Belia & Sukan UKM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.