
MOTA : 4 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Pemain Futsal Yang Baik
On May 29, 2017 by FixoPasti ramai tertanya-tanya bagaimana sebenarnya hendak menjadi pemain futsal yang baik. Macam mana kita nak tahu kita sudah jadi pemain yang baik? Sebenarnya pemain futsal yang baik itu adalah subjektif. Anda hanya perlu terus bermain dan belajar kerana ilmu itu luas. Daripada pengalaman dan ilmu itu juga dapat menjadikan kita seorang pemain yang baik.
Kadang-kadang tanpa anda sedari sebenarnya anda sudah melakukan perkara yang betul untuk menjadi pemain futsal yang baik. Jika anda masih tidak tahu di sini penulis akan kongsi 4 faktor utama buat anda semua.
Faktor utama yang paling penting untuk dikuasai oleh seseorang adalah :
- TEKNIK
Teknik meliputi berbagai sudut. Teknik dalam Futsal adalah seperti ‘passing, ball control, shooting & dribbling. Ini adalah teknik-teknik asas yang mesti dikuasai untuk menjadi pemain futsal yang baik.
Ia bukan perkara yang mudah, ia memerlukan latihan yang kerap dan betul.
Faktor yang kedua adalah :
- FIZIKAL
Fizikal yang dimaksudkan di sini adalah kepantasan (speed) ,kekuatan (strength) dan berstamina tinggi (fit).
Faktor seterusnya adalah :
- TAKTIKAL
Sebagai pemain yang baik, dia perlu memahami dan mampu mempraktikan taktikal yang diberi samada taktikal ketika menyerang dan taktikal ketika bertahan.
Setiap pasukan mempunyai taktikal tersendiri dan pemain tersebut perlu mampu untuk mempraktikkannya. Pastinya dua faktor di atas amat penting untuk merealisasikan taktikal yang di beri.
Dan yang terakhir adalah :
- ATTITUDE (SIKAP)
Ini faktor yang paling penting. Dalam apa jua bidang yang diceburi, sikap yang positif dan karakter yang baik mampu menjadikan seseorang itu terbaik.
…………..
Artikel ini ditulis oleh Coach Mohammad Taufik
Coach Taufik merupakan bekas pemain futsal kebangsaan dan merupakan pengasas kepada MOTA Futsal Academy serta MOTA Futsal Workout Program. Iaitu sebuah akademi untuk kanak-kanak usia 7-12 tahun dan juga sebuah program yang menyediakan latihan berbentuk open training, amateur training & personal futsal training.
Untuk makluman lanjut mengenai program ini boleh layari instagram : @motafutsalacademy @motafutsalworkoutprogram.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.