
Mat Yo Bakal kembali ke Malaysia? Kelantan destinasi terbaik?
On November 17, 2020 by WanShaMasih ingat lagi tarikh 16 Januari 2020, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru pasukan BG Pathum United FC di Thailand. Mendapat kontrak selama setahun dan didaftarkan dalam kuota pemain Asean.

Menggunakan jersi bernombor 99, Mat Yo menjadi perhatian penyokong Malaysia selepas dia antara pemain yang berkelana di Thailand serta Dominic Tan dan baru-baru ini Mohamadou Sumareh mengikut jejak dia.
Bercakap mengenai prestasi pemain berusia 34 tahun ini bersama BG Pathum United, Mat Yo bukanlah penyerang utama pasukan itu. Tapi sering berada dalam barisan simpanan. Setakat hari ini ada 11 perlawanan sudah dimainkan di Liga Thailand dan Mat yo bermain dalam 5 perlawanan, 4 perlawanan dalam barisan simpanan dan 1 perlawanan tidak disenaraikan. BG Pathum United sekarang berada di kedudukan pertama liga dengan 29 mata beza 6 mata daripada pasukan no. 2

Walaupun COVID19 Thailand tetap meneruskan liga mereka pada September lepas dan sekarang Liga Thailand rehat seketika mengikut jadual FIFA (International break). Mat Yo dan pasukan akan kembali pada 21 November ini. Ada baki 5 lagi perlawanan sebelum tamat tahun ini.
Untuk tahun depan tak pasti lagi sama ada Mat Yo akan terus bermain di Thailand atau tidak. Tapi kalau melihat apa yang dia up di Instagram semalam, Mat Yo beri bayangan akan kembali ke Malaysia.
Dengan berita pemain Johor Darul Ta’zim, Diogo serta penyerang Shimizu S-Pulse (Liga Jepun) Teerasil Dangda dikaitkan dengan pasukan ini sudah pasti menguatkan bahawa Mat Yo tidak ada dalam perancangan pasukan musim depan.
Bagi penulis Mat Yo masih antara penyerang yang terbaik di Malaysia dan masih boleh terus berbakti untuk pasukan barunya nanti. Kalau betul dia kembali ke Malaysia kami menjangkakan pasukan Kelantan sebagai destinasi yang terbaik untuk Mat Yo.

Mat Yo bukan nama asing dengan penyokong-penyokong The Red Warriors, dia pernah membantu Kelantan meraih gelaran treble dengan menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2012. Sebelum itu Mat Yo juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Kelantan 2010 & 2011 serta bantu Kelantan juara liga pada 2011 juga.
Dengan Kelantan yang kini dalam fasa pembaharuan dibawah pemilik baru, kami rasakan Mat Yo mampu membantu serta berkongsi pengalaman dia bersama pasukan dan pemain-pemain muda di Kelantan.
Tapi bukan kata pasukan lain tidak boleh mengunakan khidmat Mat Yo, ini hanya pendapat kami. Kita tunggu dan lihat ke mana destinasi baru Norshahrul Idlan Talaha. Yang penting kena terus berikan sokongon buat Mat Yo!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.