
Liga Super kami datang !
On September 9, 2016 by FixoSatu persaingan yang menarik dan sengit berlaku di pusingan kedua Liga Futsal IPT bagi kategori liga premier baru-baru ini. Dimana pasukan KPTM Bangi yang unggul di carta liga di pusingan pertama diberikan tentangan sengit oleh kesemua pasukan. Boleh dikatakan kebangkitan pasukan-pasukan lain memberi satu persaingan menarik di pusingan kedua ini. Banyak keputusan yang tidak dijangka berlaku sepanjang pusingan kedua ini.
Tentangan sengit yang diterima pasukan KPTM Bangi tidak memberikan sebarang kesan buat mereka, semangat juang para pemain yang tinggi membuahkan hasil apabila mereka berjaya membawa pulang piala pertama Liga Premier Liga Futsal IPT 2016 ini.
Mereka terpaksa menunggu keputusan tersebut di perlawanan akhir liga dimana pertemuan mereka dengan pasukan UTHM merupakan satu perlawanan yang penting. Pasukan KPTM Bangi yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menjulang kejuaraan akhirnya berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.
Menurut Azrinarizan Idarnis Abd Aziz yang merupakan pengurus pasukan ini ; “Kemenangan ini amat bermakna buat pasukan kami yang terdiri daripada pemain-pemain baru yang belum pernah mengharungi kejohanan besar seperti ini. Pasukan telah membuat pemilihan pemain baru dan kami menjalankan latihan berterusan bagi memastikan daya saing pasukan ini dapat diteruskan seperti tahun tahun sebelum ini. Rezeki menyebelahi pasukan kami berkat usaha semua pihak alhamdulilah kami berjaya memenangi Liga Premier musim ini”.
Pasukan KPTM Bangi pada musim ini juga dibantu oleh dua pelatih kebangsaan iaitu saudara Ahmad Fawzul Hadzir dan juga Syarizuan Mansor. Mengulas mengenai prestasi jurulatih baru ini penolong pengurus pasukan ini Syafful Anuar Abdul berpendapat bahawa setiap jurulatih ada kelebihan masing masing.
“Pada tahun ini pasukan telah melantik jurulatih baru bagi meningkatkan prestasi pasukan. Pada saya pasukan KPTM Bangi telah menerima latihan yang cukup baik daripada jurulatih kerana mereka juga giat bermain futsal dan pernah beraksi di Liga IPT satu ketika dulu. Mereka melatih pasukan berdasarkan pengalaman mereka dan sikap terbuka jurulatih yang sering memberi teguran dan melakukan sesi soal dan jawab bersama pemain boleh meningkatkan tahap kemahiran para pemain”.
Kemenangan pasukan KPTM Bangi ini telah membawa mereka untuk beraksi di Liga Super musim hadapan dan mereka juga akan beraksi di Piala KFIPT 2016 pada hujung bulan ini.
“Bagi mengharungi piala KFIPT 2016, saya amat amat berharap agar pasukan tidak mudah selesa dengan pencapaian yang ada. Pesaingan sudah semestinya sengit pada Piala KFIPT nanti. Berdasarkan persaingan saya amat berharap agar pasukan boleh menunjukkan prestasi yang terbaik demi mencapai keputusan yang baik. Semangat perjuangan ke minit terakhir perlu di terapkan dikalangan setiap pemain bagi memastikan KPTM Bangi terus berjaya, kata Azrinarizan Idarnis Abd Aziz.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.