KPT-IIUM Mustangs
On June 30, 2016 by FixoSatu sejarah baru tercipta buat Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama pihak IIUM selaku Pusat Sukan Tumpuan Futsal apabila mereka telah mengambil langkah untuk mengikat 20 pemain untuk bermain dengan pasukan KPT-IIUM Mustang pada isnin lepas. Satu Majlis pengenalan pemain, pelancaran logo dan sesi menandatangani kontrak telah diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi , Putrajaya pada isnin lepas.
Menurut Hazzaly Jali Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi yang turut hadir pada Majlis tersebut, keputusan ini dibuat setelah pihak KPT berpuas hati dengan pihak IIUM yang telah dipertanggunjawabkan untuk menjadi Setiausaha & penyelaras Pusat Sukan Tumpuan bagi acara futsal. Menurut beliau ini adalah pasukan kedua ditubuhkan di bawah penyeliaan KPT selepas UiTM FC yang kini bermain di Liga Perdana.
Pihak IIUM berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan dengan jayanya dan tahun ini kejohanan ini akan memasuki tahun yang ketujuh. Selain itu , pasukan futsal IPT Malaysia juga telah menunjukkan satu pencapaian yang baik apabila mereka berjaya peroleh pingat gangsa di Sukan Universiti Asean pada tahun 2010 dan juga 2014.
Pasukan Futsal KPT-IIUM Mustang ini ditubuhkan untuk memberi platform dan pendedahan yang lebih tinggi kepada kesemua para pemain yang terpilih. 20 pemain yang telah terpilih telah menjalani beberapa tempoh percubaan sebelum mereka diikat untuk bermain dengan pasukan ini.
Selaku ketua jurulatih pasukan ini Wan Suratman Adnan, beliau kini akan melakukan persiapan rapi buat pasukan untuk menghadapi beberapa perlawanan yang telah dirancang. Pasukan ini akan terlibat didalam Program Perantarabangsaan Siri Perlawanan Persahabatan ke Bangkok,Thailand pada bulan Oktober untuk siri kedua.
Satu inisiatif yang baru dibuat pada siri kedua ini apabila para pemain akan ditempatkan di dalam beberapa pasukan kelab di Bangkok bagi menimba pengalaman menjalani latihan bersama pemain-pemain kelab disana.
Selain itu, pasukan ini juga akan terlibat di dalam Liga Futsal Kebangsaan (LFK) dan akan menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Negara Indonesia dan Thailand bagi menampung kekurangan kejohanan di Malaysia. Ini akan meningkatkan lagi prestasi dan keyakinan pemain bagi memantapkan pasukan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.